Sunday, November 29, 2009

Detik Itu Kembali Lagi

Tanggalnya 29 November 2001
bagai langit runtuh dan menangis... kau tinggal kami
di jemput ma'laikal maut di sunyi malam
menjadi hingar bingar dan kucar kacir
malam bertukar siang
semua di kejutkan kerana mangkatnya seorang berharga
tidak di duga sama sekali dan kini
detik itu kembali lagi.

Tanggal 29 November kembali lagi
seperti dulu...
bagai langit runtuh dan menangis hiba
kini kali kedelapan
detik itu kembali lagi.

Dari tiap lirikan mataku
wajah itu senantiasa bermain
hati ini masih sayu merindu
masih ada ruang kosong di sanubari
terlopong dan
tidak bisa di isi
walau di coba berkali-kali
tidak termampu.

Dengan berat ku redha
kerana tuntutan yang wajib
pergilah...
pulanglah...
aku tunggu saat bertemu kembali
pasti ruang itu akan sempurna terisi nanti.

Sehingga waktu itu
aku pikul tanggungjawab yang harus
membela hakmu
menyebar cinta dan kasih dan sayangmu
untuk segala di seluruh pelusuk
sedayaku yang di takdirkan.

Memang jalan ini sukar dan berkerikil
menapak, melangkah, menahan keperitan
tapi itu yang sudah tertulis.

Oh! Doa dan restui kerja ku
beriku semangat jiwamu yang dulu kental berkobar
kerana itu yang sangat ku perlukan...
hingga bertemu kembali
salam manis
kasih rindu yang lara.


Lyna UA
29 November 2009


Catatan: Hari ini, genap 8 tahun pemergian Allahyarham Ayahanda Usman Awang. Ya'Allah, ampunilah segala dosa-dosa hamba mu ini dan tempatkan dia dengan orang-orang yang Engkau kasihi...Al-fatihah...Amin.

Saturday, November 14, 2009

Sepetang di...Readings at Seksan's


Memang sudah lama saya tak ke sini...banyak perkara yang meminta di dahulukan. Memoriku di tempat mendeklamasikan hasrat di hati yang di panggil - Readings at Seksan's - adalah manis. Seksan's adalah sebuah tempat yang di bina oleh seorang arkitek/pelukis tempatan bernama Seksan. Oleh kerana minatnya kepada seni dan budaya, beliau telah membenarkan Sharon Bakar, seorang penggiat sastera dan bahasa, mengguna tempatnya, sebulan sekali, untuk mengendalikan acara-acara pembacaan karya-karya penulis-penulis tempatan dan antarabangsa. Pada 31 oktober, selain saya membaca karya ayahanda Usman, ialah : Julya Oui, Afi Momo, Tan Mei Lee, Ellen Whyte, Fadli Moja Amin dan Ezza Ezelan juga meluahkan karya-karya mereka kepada peminat, penulis, pelukis dan lain-lain. Mereka semua hadir untuk santapan rohani.





Saya telah di jemput Sharon Bakar untuk mendeklamasikan puisi-puisi dan karya-karya ayahanda Usman pada bulan September lalu tetapi saya tidak dapat hadirkan diri. Oleh itu saya telah berjanji untuk hadir pada bulan Oktober pula.




Walaupun kami adalah 'orang bandar' yang masih berada di dalam kawasan bandar tetapi suasana di tempat ini membawa manusia dan alam dalam satu tempat istimewa yang sememangnya impian penulis, pelukis, artis dan mereka yang minat dan prihatin tentang kesejahteraan manusia, alam dan haknya sejagat.


Saya telah mendeklamasi beberapa puisi ayahanda seperti 'Bunga popi' dan 'Duri dan Api' bersama Sharon yang membaca terjemahan karya ke Bahasa Inggeris -' Poppies' dan 'Thorns and Fire'. Beliau juga telah membaca secebis dari terjemahan novel 'Tulang2 Berserakan', ia itu, Scattered Bones. Selepas itu, saya membaca sedikit dari antologi cerpen 'Turunnya Sebuah Bendera'. Antaranya....

Angin tanahair yang baik budi memberikan nafas kepada segala mereka yang berada di buminya selama ini meniup-niup bendera itu. Maka getaran bendera itu semakin meluapkan semangat pemuda-pemuda yang ada di situ. Teriakan berulang lagi : " Turunkan bendera penjajah! Turunkan bendera penjajah! Turunkan! Turunkan !! Turunkan !!!"

Akhir sekali saya membaca sedikit dialog dari karya pementasan' Musikal Uda & Dara ' ...

UDA : " Sebelum matamu lena malam,
sebelum mimpimu sempat bermula,
Abang telah pulang di sisimu, Dara....."

Memoriku manis dan bermakna sekali. Terima kasih Sharon dan semua yang saya kenal dan baru kenal pada petang yang penuh drama dari alam yang menyambut kami pembaca karya untuk memenuhi hasrat rohani masing-masing yang hadir.

Penghargaan dan terima kasih untuk :-
Poster oleh Shahril Nizam
Foto saya dan Sharon dari blog Sharon - Bibliobibuli, yang asalnya dari Fb Azwan,
yang saya tak kenal, maaf.

Sunday, October 11, 2009

Pulang beraya ke Kuala Sedili

Pada Hari Raya pertama tahun ini, saya dan Maya (adik bongsuku) serta suami dan anak-anak kami pulang ke kampung tempat kelahiran arwah ayah di Kuala Sedili. Kami ingin merasakan suasana Hari Raya di kampung, maklumlah hidup di kota banyak sangat perasaan 'superficial' di mana-mana. Rasanya kalau di kampung tu kurang sedikit mungkin. Sebelum ini, kami tak pernah beraya di kampung.


Baris atas:Bibik Heny, Wani, Dedery, Aku, Tok Da, Dezery, Jasmin, Pak Zul, Rahim, Wan dan Is. Bawah: Maya, Eshal, Iman, Irfan, Iwan, Khaliq, Haziq dan Taufiq. Nana ambil foto.




Sungguh mesra kami di sambut oleh Pak Zul (adik bongsu arwah ayah), Mak Su (isterinya), Wan dan Wani (anak-anak mereka) dan Tok Da (nenekku). Terubat rindu, hilang sedikit rasa penat perjalanan jauh dari KL. Sebenarnya tidaklah penat sangat kerana kami singgah makan di rumah kakak suamiku Rahim, Kak Lang Esah, di Melaka, siang tadi. Makan nasi dengan Asam Pedas Daging Tetel...belum cuba belum tau, sudah cuba tersangkut selalu!




Bibik Heny gendong Eshal yang comel! Taufiq dan Haziq usik dia dan Khaliq ketawa saja!




Aku rasa sangat terubat bila dapat bertemu mata dengan mereka kerana kami tidak sering berjumpa, terutama sekali Tok Da yang uzur. Aku khuatir jika tak sempat berjumpa dan meminta maaf dengannya. Lega.



Indahnya muara menuju ke kuala, tempat ayah mengenal dunia. Aku di sini, merasakannya.



Kami di jamu dengan makanan yang enak-enak. Mak Su pandai memasak dan buat kueh-mueh. Ramai yang tempah biskut Rayanya yang sedap-sedap. Salah satu masakan istimewanya ialah 'Beriani Udang' dan antara biskutnya yang istimewa ialah 'Tart Nanas Strawberi' dan 'Makmur'.



Jeti di Tanjung Lembu, Kuala Sedili. Dulu, kita terpaksa menaiki bot ke Sedili Besar tapi sekarang ada jambatan jalan baru ke sana. Arwah ayah tak sempat menikmatinya.



Adikku Iskandar yang tinggal di Johor Bahru bersama isterinya Nor dan anak-anaknya Haziq dan Irfan, datang ke Sedili untuk beraya dengan kami. Oh ya! Sepupuku Badrul, (nama pendeknya Roza) serta isterinya Jasmin dan anak-anak mereka juga datang ke Kuala Sedili dari Johor Bahru. Arwah ayahnya, Pak Andak, ialah adek arwah ayahku.




Jalan menuju ke Tanjung Lembu di beri nama ayah sebagai penghormatan kepadanya.



Meriah sungguh di rumah yang arwah ayah bena di Kuala Sedili. Arwah Tok Awang telah memberi tanah itu kepada arwah ayah dan rumah itu di bena atas janji yang telah di kotakan arwah ayah kepada arwah Tok Awang.




Keluarga tuanpunya tapak tanah, tempat ayah di lahirkan, aku dan Pak Zul.



Pada keesokan harinya kami singgah ditapak tanah kelahiran arwah ayah di Tanjung Lembu. Harapanku agar dapat di pahatkan satu batu tanda mengisytiharkan tempat kelahiran beliau nanti, atas restu tuan punya tanah yang kami kunjung. Moga-moga kami dapat kerjasama dengan semua pihak yang terlibat. Akan ku usahakan nanti, insyaallah.




Arwah Tok Awang telah menukar milik tanah ini dengan seekor lembu sahaja. Tanah ini dari tepi jalan ke tepi laut besarnya.



Pada Raya ketiga, kami ke Sedili Besar, ia itu, sebuah pulau yang paling dekat dengan Kuala Sedili. Sewaktu arwah ayah kecil, dia pernah tinggal dan bersekolah di sana, sewaktu ibu kandungnya masih hidup lagi.




Mak Long, Aku dan Tok Da. Berdiri di belakang: Mak Su dan Pak Zul.



Sepupu arwah ayah, Mak Long, Mak Teh dan juga Pakcik Sonan serta keluarganya masih tinggal di sana, walaupun ada yang telah merantau, mereka masih pulang ke kampung. Kehidupan mereka sederhana dan tidak berliku seperti kerenah di kota. Hanya kerinduan jelas terbayang apabila ku sebut nama arwah ayah yang mereka sangat sayang. Airmata pun mula berjurai dan dakapan makin erat, memandang wajahku, mencari bayangan yang di rindu pada diri ini. Hiba rasanya melihat mereka sayu jauh mengimbau.



Jeti Kuala Sedili, tempat ayah pergi balek dengan bot. Tempat Tok Awang ke laut mencari rezeki untuk anak-anak dan isteri tercinta.




Setelah Kuala Sedili, kami terus ke Johor Bahru, ke rumah sepupu arwah ayah yang kami panggil Makcik Kiah. Banyak cerita tentang arwah ayah di ketahuinya. Insyaallah, akan ku kemari lagi untuk mengisi fakta buat 'memoir' ku nanti.



Iman dan Khaliq...anak Maya, menikmati suasana nyaman dekat rumah ayah bena.



Kami makan malam di rumah Mak Long (isteri arwah Pak Long, abang sulong ayah). Wah! Enak sekali lauk raya orang Johor : Nasi empet, sambal kacang, serunding kelapa, sayur lodeh dan sambal ayam. Arwah mak juga masak begitu dulu tapi sekarang suamiku yang pandai masak seperti arwah mak dengan sambal goreng pengantin lagi! Aku...lebih minat masak ala barat aje. Selepas tu kami kerumah anak Mak long, sepupuku Edy (nama pendeknya) yang sering juga ke KL.




Foto memori arwah ayah, arwah Pak Andak dengan Tok Da duduk di tengah. Arwah mak di kiri dengan Mak Long, Mak Andak disebelah Roza kanan sekali. Kami, anak-anak di belakang dengan cucu-cucu. Di depan sekali cucu-cucu juga. Foto ini di ambil setelah rumah baru ini siap, menggantikan rumah lama Tok Da yang sudah usang. Arwah ayah dan arwah pak andak telah bersepakat bahawa tapak tanah dan rumah ini akan di jadikan tempat waris mereka kenal asal usul mereka dan di jaga oleh Pak Zul sekeluarga.





Roza mempelawa kami semua bermalam di rumahnya. Entah pukul berapa kami tidur kerana kami berborak-borak dan makan 'supper' lagi! Esoknya bangun lambat dan terus bersarapan jam 12 tengahari! Enak pula tu dengan nasi lemak, roti canai dan sebagainya!

Kami ke rumah ibu Roza, ia itu, Mak Andak dan Lin, adeknya. Sebelum berangkat pulang kami singgah ke rumah adekku Is dan isterinya, Nor. Kami di saji dengan soto ayam yang umph!






Pulang ke rumah...anak-anak kaki empat kami sudah menunggu penuh kerinduan...chichi, princess dan teddy!




Seperti biasa tiap-tiap tahun semenjak ayah dan mak tiada, adek-adek sekeluarga dan keluarga dan teman terdekat datang beraya. Tahun ini pula mereka datang pada hari sabtu, sehari dua selepas pulang dari Johor. Aku terperanjat apabila mendapat panggilan dari Uthaya Sanker mengatakan tentang pembacaan puisi yang telah ku janji sebulan atau dua bulan yang lalu! Aku rasa bersalah sangat pada Sharon Bakar kerana tak dapat tunai janji pada hari itu. Setelah meminta maaf dan berjanji akan membaca di acara pembacaan puisi di Seksan's selepas ini, aku terus membuat nota dalam dairiku.

Esoknya kami ke kubur arwah ayah dan mak. Yassin dan doa dipanjatkan, pokok bunga ditanam dan siraman air atas selawat kami curahkan pada kubur yang nyaman dan sepi. Kami pohon tempat yang sejahtera di sisiMu untuk yang tersayang...ayah dan mak, Ameen, Ameen, Ameen. Ku mohon restu arwah ayah atas segala kerja yang ku lakukan untuknya dan keluarga. Kami yang masih merindu...tiada nokhta...wajah-wajah masih terbayang...ampun maaf ayah...ampun maaf mak...



Aku dan Maya...di rumah Roza dan Jasmin. Terima kasih atas penginapan dan layanan yang selesa dan istimewa pada Roza sekeluarga! Terima kasih pada Pak Zul sekeluarga juga...berat rasa nak balek kerana akan rindu semua di Kuala Sedili...

Monday, August 10, 2009

Menjelang Mentari di Ufuk Timur (buat Bapak yang di kasihi)

Kau masih gagah di sini
masih bersemangat kukuh
usia yang menjangkau tiga suku abad
masih hebat terserlah
kerana semangat kental perjuangan yang belum selesai
bila agaknya perjuangan selesai?

Hati nurani yang tulus memerdekakan bahasamu
bahasa bangsa yang tergugat oleh bangsa sendiri
perjuangan ini tidak sampai-sampai akhirnya

Kau sabar menanti
meniti di arus deras yang tiada haluan
tidak menentu
kau masih sabar menanti di situ

Kau adalah ayahku sekarang
semangat yang aku pinjam darimu
kerana yang asal zahirnya sudah tiada disini
untukku
mengobat rindu yang masih dalam
aku perlukan kehadiranmu
kami semua perlu kehadiranmu
lama lagi

Kami meminjam semangatmu
yang kental untuk kami mara
maju...mengisi sanubari yang meminat-minta di isi

Moga Dia relakan kami berdamping dengan mu
lebih lama lama dan lama lagi
kerana keperluan jiwa kami untuk di beri makna
kepada yang tidak di beri makna
kepada hak yang harus dipertahankan.

Tunggu di sini dengan kami
kehadiran yang amat di perlukan
kami bakhil dengan kasihmu
walaupun usia menjangkau tiga suku abad
di sini, di sini kami masih perlukanmu.

Seperti ayah, kau tiada penggantinya.



Catatan: Sebuah puisi penghormatan menjelang hari lahir Sasterawan Negara Datuk Dr. A. Samad Said yang ke 75 tahun.


Lyna Usman
10 Ogos 2009

Wednesday, August 5, 2009

A tribute poem for my Ayah


Last Sunday evening, 2nd August '09, some friends of my late father came over to my house. One of them was a Writer from Sarawak, Mr. Wu An who also brought another Writer friend from Sarawak, Mr. Liang. My father's friend who brought them is a local Writer and Translator as well, Mr. Chan Yong Sin. He was the Mandarin Translation Editor and also one of the translators for our latest tribute book to my late father "Sahabatku" (My Friend).

They came to reconfirm their invitation for me read a tribute poem for Usman Awang written by Wu An. It is a translation from Mandarin to Bahasa Malaysia, translated by Chan Yong Sin. The reading was on the following evening, Monday 3rd August '09, at Berjaya Times Square Hotel. The event was called "Malam Semarak Perpaduan" ( Rekindling Solidarity Night).

We rehearsed the reading at my house that night, just to get things right as we have never read together before and also because we will be reading in a sequence - Mandarin and Bahasa Malaysia in turns.

I was honoured to be given the opportunity to read with my late father's good friends. The poem was entitled: "Terang Memancar" (Shining Brightly). I also met our First Lady, who was the Patron of the event and Senator Dr Koh Tsu Koon, for the first time. The event was organised by DBP, PERSPECTIVE, Dong Zong, Chinese Cultural Society, The Malaysian Chinese Assembly and the Malaysian Chinese Writers Association.












Thursday, July 30, 2009

" Baca Puisi Usman Awang "

Pada pagi yang indah 28 Julai kelmarin, kami berada di Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa, Kuala Lumpur, atas jemputan Guru Besarnya, Encik Hwong dan pihak lembaga dan pengurusan sekolah untuk mengadakan acara ini, sempena bulan lahir Usman Awang.

Kami di sambut dengan penuh hormat. Acara ini juga di sambut mesra oleh syarikat penerbitan One Nusantara dan Karangkraf dan juga Persatuan Sasterawan Kavyan. Kami dari UA Enterprises sangat terhutang budi atas keikhlasan yang di hulurkan.



Auditorium itu penuh sesak dengan warga sekolah tersebut. Dari tetamu ke pihak pengurusan sekolah, ke guru-guru dan anak-anak murid yang menunggu dengan sabarnya. Kami terharu atas penghormatan yang di beri kepada Usman Awang. Saya teringat pada satu ketika, sewaktu perasmian Sekolah Menengah Usman Awang di Johor Baru.






























Anak-anak yang mendeklamasi puisi-puisi Usman Awang, sangat berbakat. Tidak ketinggalan guru-guru yang juga telah menyumbang semangat dengan bacaan puisi mereka dari antologi puisi yang baru - Sahabatku. Saya kagum dengan persembahan mereka semua, membaca puisi dengan penghayatan dan ekspresi yang baik dan penuh semangat.

Syabas kepada guru-guru, Guru Besar dan semua yang terlibat dalam acara ini, termasuk Encik Chan Yong Sin - salah seorang teman akrab Usman Awang yang juga menjadi penyelenggara dan salah seorang penterjemah Bahasa Mandarin untuk buku "Sahabatku"; Saudara Uthaya Sankar - salah seorang daripada penterjemah Bahasa Tamil untuk buku "Sahabatku", juga seorang teman penulis yang bertanggungjawab atas cetusan cadangan acara ini; Encik Koh Yok Hwa - Ketua Pengarah Gemilang Publishing Group dan anak syarikat beliau One Nusantara yang memeterikan penyelenggaran acara ini.

Seperti acara "Baca Puisi A. Samad Said & Usman Awang" di Pasar Seni pada 19 Julai, acara ini juga benar-benar menyemarakkan perasaan perpaduan yang di impikan Usman Awang. Dan impian murni ini sekarang adalah milik kita bersama.

Sunday, July 26, 2009

Adieu...Yasmin

A beautiful soul has left us early this morning. I wish I had known her personally, I wish I had the guts to go up to her when I saw her at the Subang Gazebo, a few years ago, I wish I had called her to asked whether she would be interested to turn one of Ayah's works into a film, I wish...I wish... I wish.

Regrets are one of our shortcomings as human beings but there it is. The lost and deprivation of chance that we seek seems so enormous. We try to learn from history repeating itself but it is the nature of Man. God has made us such. But the beauty of remembrance make us better people if we adhere to it.

A lost beautiful soul like Yasmin, will always be remembered as we see her in her creative and thought provoking works. Works that we need to salvage our Malaysian unity, realised or not.

May Allah recognise your beautiful soul and keep you with those He loves. Alfatehah.......................Amin.