Sunday, July 19, 2009

Sudah terima!

Petang tadi suamiku Rahim di temani anakku Taufiq pergi ke tempat grafik kami untuk mengambil buku dan kemeja-t yang baru keluardari cetakan. Saya puashati dengan terbitan baru ini.

Jika ingin lihat dan membelinya dengan harga istimewa, jemput hadir: hari ini, Ahad, 19 Julai, ke "Acara - Baca Puisi SN A. Samad Said & SN Usman Awang" bermula pada jam 7 - 9 malam, Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Jika ada yang berminat untuk mendeklamasi puisi, datang jam 6 petang untuk mendaftar nama dan pilih puisi untuk di baca. Mereka yang mendeklamasi puisi Allahyarham Usman Awang akan di hadiahkan senaskah buku terbarunya berjodol "Sahabatku".

Pendeklamatur Bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris dan Bahasa Iban di alu-alukan mendaftar secepat mungkin kerana meja pendaftaran akan di tutup jam 7 malam. Semua pendeklamatur harus perpakaian kebangsaan untuk acara ini.

Kita jumpa di Pasar Seni petang nanti!

2 comments:

PAJID said...

amat berharap dapat hadir.
tp, ada event lain.
harap yang terbaik.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Saya mohon maaf kerana tidak dapat hadir tempohari.Saya berhajat benar untuk membaca puisi Bunga Popi pada petang itu.Apa nak buat - terpaksa bekerja hari itu.