Wednesday, July 22, 2009

Acara 19 Julai di Pasar Seni


Nick Brumleve dari Amerika Syarikat, yang berkecimpong dalam teater, sedang melancong di Malaysia. Beliau mendeklamasi puisi : The Ice Water Seller ( Penjual Air Batu)

Peter Rowan, pelancong dari New South Wales, Australia, mendeklamasi terjemahan puisi Usman Awang dalam Bahasa Inggeris : They Have Risen (Mereka Telah Bangkit).

Kelly Brumleve, seorang guru dari Amerika Syarikat, mendeklamasi terjemahan puisi Bahasa Inggeris : Young Chinese Men and Women (Pemuda dan Gadis Tionghua) dari buku terbaru kami.

Sedang asyik mendengar pembacaan puisi. Duduk di hadapan : Izza Izelan (antara pendeklamatur, seorang guru Bahasa Inggeris di Kuala Lumpur); saya; Dr. Lim Swee Tin, antara pendeklamatur (Penerima Anugerah S.E.A); Peter Rowan; Arwindran (antara pendeklamatur) dan Prakash Suriyamurthy, seorang penterjemah dan pendeklamatur istimewa yang cacat penglihatan telah membaca puisi : Balada Terbunuhnya Beringin Tua Di Pinggir Sebuah Bandaraya, dalam 'Braille'.


Acara bermula dengan pendaftaran nama mereka yang berminat untuk mendeklamasi puisi-puisi Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said & Sasterawan Negara Usman Awang. Buku-buku kedua-dua Sasterawan Negara di jual oleh syarikat penerbitan masing-masing : Wira Bukit & UA Enterprises Sdn. Bhd. Buku-buku lain adalah dari Kavyan (penganjur bersama Pasar Seni); dan syarikat penerbitan Citra Kurnia dan One Nusantara.

Yang menariknya, bukan sahaja segelintir peminat puisi di Kuala Lumpur sahaja yang hadir tetapi ada juga pelancong asing yang berminat untuk ikut serta dalam mendeklamasi puisi pada acara malam itu. Puisi-puisi yang di baca adalah dari Bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris. Sayang sekali tiada yang boleh berbahasa Iban, walaupun ada terjemahan puisi Usman Awang dalam bahasa tersebut dalam buku baru, sebuah penghormatan kepada beliau bertajuk "Sahabatku" yang hadir buat pertama kalinya. Buku di terbit untuk harijadi beliau ke 80 pada 12 Julai lalu, di jual dengan harga diskaun istimewa bersama kemeja-t berwarna hitam yang memaparkan lukisan stem Usman Awang oleh pelukis terkenal tanahair, Allahyarham Redza Piyadasa.

Kemeja-t rekaan baru yang memaparkan stem lukisan Usman Awang oleh Redza Piyadasa, di jual pada malam itu dengan diskaun istimewa.


Pelukis terkenal Redza Piyadasa telah melukis 2 buah portrait Usman Awang dalam bentuk stem. Satu dalam koleksi Balai Seni Lukis Negara dan satu lagi di miliki sepasang suami-isteri yang gemar mengumpul lukisan. Lukisan yang kami mohon izin untuk di paparkan pada kulit buku "Sahabatku" dan juga pada kemeja-t adalah dari koleksi Encik Pakharudin Sulaiman, seorang peguam dan isteri beliau, Fatimah. Terima kasih yang tidak terhingga dari kami sekeluarga atas kesudian mereka memberi izin kepada kami.

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan terima kasih pada penganjur utama, ia itu, Kavyan dan Pasar Seni yang sudi mengadakan acara ini sebagai penghormatan kepada Sasterawan Negara A. Samad Said, seorang teman akrab arwah ayah saya dan juga memberi penghormatan kepada Sasterawan Negara Usman Awang sempena menyambut hari lahir beliau ke 80, tahun ini.

Saya juga ingin berterima kasih kepada Dr. Lim Swee Tin atas sokongan padu darinya dan juga isteri beliau Selina dan anaknya Lim Feng Feng dari Citra Kurnia. Terima kasih pada teman seperjuangan, Saudara Helmy Samad dan mereka dari Wira Bukit yang telah membantu dan menyokong kami dalam dunia penerbitan selama ini. Tidak lupa juga, terima kasih pada One Nusantara yang bukan sahaja merupakan antara penganjur bersama tetapi telah menerbit sepanduk memaparkan suara merdeka : Dr. Lim Swee Tin; saya dan Saudara Uthaya Sankar dari Kavyan.

Terima kasih pada semua yang membantu menjadikan acara ini bermakna dengan ketulusan hati dari cinta pada sastera tanahair dan cinta pada keharmonian hidup bersama antara kaum. Acara sebegini rupa seharusnya mendapat sokongan padu dari pihak-pihak yang bertanggungjawab atas pemeliharaan sastera dan perpaduan tanahair.

Buku-buku karya Usman Awang dan kemeja-t penghormatan pada beliau di jual dengan harga istimewa.


Miriam dari Amerika Syarikat mendeklamasi : My Friend (Sahabatku).


Adam Dalton mendeklamasi : A Letter From The Bird Community To The Lord Mayor (Surat Dari Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar).


Izza Izelan, seorang guru latihan, mendeklamasi : Penjual Pisang Di Kaki Lima.


Tamilselvi mendeklamasi dalam terjemahan Tamil : Penjual Air Batu.


Lee Yoke Chan dari One Nusantara dan anak beliau, Soo Yee Tung mendeklamasi : Pemuda dan Gadis Tiong Hua - dalam versi Mandarin.


Seorang lagi pendeklamatur : Arwindran Kalaivanan.


Penerima South East Asia Write Award: Dr. Lim Swee Tin sedang mendeklamasi puisi "Pemuda dan Gadis Tionghua" dalam Bahasa Malaysia.

Prakash Suriyamurthy mendeklamasi : Balada Terbunuhnya Beringin Tua Di Pinggir Sebuah Bandaraya - dalam cara Braille.


Saudara Helmy Samad dari Wira Bukit sedang mendeklamasi sebuah puisi ayahandanya Sasterawan Negara A. Samad Said.


Anak Penerima S.E.A. Write, Dr. Lim Swee Tin - Lim Feng Feng mendeklamasi puisi.


Sepanduk sambutan merdeka yang di buat oleh One Nusantara untuk sekolah-sekolah tahun ini memetik kata semangat dari : Dr. Lim Swee Tin, saya dan Saudara Uthaya Sankar, seorang penulis yang tidak asing lagi.




Saudara Uthaya Sankar, Dr. Lim Swee Tin, saya, Soo Yee Tung, Helmy Samad, Devishi dan Phraba (anak dan isteri Uthaya).


Antara teman-teman yang hadir ialah Abu Bakar Atan dari TV3 dan isteri beliau; juga salah seorang teman akrab ayahanda saya , Tan Sri Kamarul Ariffin.


6 comments:

Emila Yusof said...

Wah! Helmy pun baca!

theroyalcrapster said...

salam lina,

thank you for posting up some of the photos. oh and i forgot to email you some of the other photos from my camera. btw, it was fun to read! hope to be in touch :)

-izza izelan

lyna ua said...

Hi Izza, I was just wondering who is this 'royalcrapster'...suspense and then relief! Phew!
Yes please keep in touch and please email the photos, k.
Selamat Hari Raya!

lyna ua said...

Emi! Yes the great Helmy Samad read that night...Bapak not there, so he has to read! He! He! He! Got him! Bapak was happy he read that night. Must have more of these events...you must read too!
Selamat Hari Raya!

Coretan aku yang bernama... said...

salam..
hai...
miss lina..
bole saya tau x macm maner kalw saya berminat untuk menyertai aktiviti puisi anda??saya ada blog saya sendiri...
di situ memang ader puisis yang saya cipta...tapi teringin nak deklamasiakn..macm maner yer??

lyna ua said...

Ada berbagai cara buat masa ini. Tapi selalunya anda di kehendaki membaca puisi tokoh yang di beri penghormatan karyanya pada acara tersebut. Puisi sendiri boleh jika ia khas untuk tokoh tersebut. Ada juga acara untuk menggalakkan penulisan. Sdr harus rajin mencari di akhbar, lihat tv atau mendengar radio. Di rumah PENA juga ada. Cuba tanya, k. Maaf saya tak selalu buat acara. Sering di undang untuk acara. Selamat berpuisi.