Friday, June 5, 2009

Buku khas untuk penghargaan.

Untuk makluman, saya sedang menyiapkan 2 buah buku khas buat arwah ayah untuk menyambut tarikh lahirnya ke 80 pada 12 Julai 2009 ini. Oleh kerana hakcipta penerbitan keselurohannya telah pulang ke pangkuan waris, kami akan mengambil tanggungjawab untuk mengeluarkan karya-karya beliau terutama sekali puisi-puisi beliau untuk di nikmati masyarakat yang meminta dan berminat. Juga untuk memperkenalkan Usman Awang dan karya-karyanya pada mereka yang belum kenal beliau lagi.

1. "Kekasih" - Sebuah antologi puisi yang mengandungi 50 buah puisi-puisi beliau yang terkenal. Buku ini di siap dengan elemen-elemen citarasa, pandangan dan penglibatan orang-orang muda tanpa menjejaskan karya atau imej beliau. Malah, ia merupakan satu konsep penarikan minat remaja kini. Walaubagaimanapun, buku ini juga boleh di olah dan di jadikan sebuah buku mewah untuk di nikmati golongan koporat dan sebagainya.

2. "Sahabatku" - Sebuah antologi puisi yang mengandungi 12 buah puisi beliau yang memaparkan konsep 'Satu Malaysia' dengan terjemahan ke Bahasa Cina, Tamil, Inggeris dan mungkin juga Bahasa Kadazan dan Iban, jika usaha ini tercapai. Inilah impian Usman Awang dan saya akan cuba mencapainya jika tangan saya sampai. Yang lebih istimewa pada buku ini ialah sebuah puisi yang memberi visi 'satu malaysia' di tulis beliau untuk Allahyarham Tun Razak.

Pada sesiapa yang berminat untuk membantu usaha kami dalam apa jua bentuk, sila hubungi saya di - lyna@usmanawang.com.my atau abdrahim@usmanawang.com.my

Buat masa ini Sdr. Uthaya Sankar dan Kavyan menyokong usaha kami dengan mendapatkan beberapa orang penterjemah Bahasa Tamil untuk buku tersebut. Penterjemah Bahasa Kadazan dan Iban masih di cari. Aktiviti mendeklamasi puisi dan membaca cerpen Usman Awang juga telah di atur di bawah Kavyan pada Pesta Buku Selangor nanti. Terima kasih tak terhingga atas sokongan yang padu. Inilah yang di maksudkan persahabatan satu bangsa yang ikhlas dan murni.

4 comments:

Uthaya Sankar SB said...

Semoga ramai insan berhati mulia tampil membantu menjayakan usaha murni yang dilakukan oleh UA Enterprises Sdn Bhd.

D'Rimba said...

Jangan lupa lawat blog saya semuanya ada iklan seminar percuma DBP anjurkan juga majlis sastera di Istana Budaya. Jangan lupa hadirkan diri martabatkan bahasa Melayu kita.

Uthaya Sankar SB said...

Enam individu yang sedang terjemahkan 12 sajak ke Bahasa Tamil: Retna Devi, Hemalatha, Pon. Kogilam, Hemantha Kumar, Prakash dan Sivam.

lyna ua said...

Terima kasih Uthaya atas menyelenggarakan terjemahan Bahasa Tamil untuk buku "Sahabatku". Tolong sampaikan salam dan terima kasih saya pada mereka. Harap dapat berjumpa dengan mereka nanti. Budi yang baik akan di kenang sampai akhir hayat.