Tuesday, July 29, 2008

Pra Jualan Buku: Scattered Bones & Enslaved Soul

Salam bahagia kepada semua yang berminat karya-karya Sasterawan Negara Usman Awang. Juga salam kenalan kepada semua yang ingin mengenali tentang karya-karya Sasterawan Negara Usman Awang.

Buku-buku beliau yang akan di terbitkan tidak lama lagi adalah yang di paparkan :-

1) Scattered Bones

Sebuah novel Bahasa Inggeris yang di terjemahkan dari novel asalnya 'Tulang2 Berserakan'. Penterjemah :Dr. Hasnah Ibrahim. Editor: Haslina Usman.


2) Jiwa Hamba/Enslaved Soul

Sebuah antologi puisi-puisi patriotik dalam dwibahasa: Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Terjemahan oleh : Haslina Usman. Penasihat Terjemahan dan Editor : Dr. Zawiah Yahya.


Nota : Buku-buku ini belum di tentukan harganya kerana masih dalam peringkat persiapan akhir sebelum masuk ke peringkat penerbitan. Walaubagaimanapun, kepada mereka yang menempahnya awal, potongan harga sebanyak 30% akan di berikan apabila buku-buku ini di terbitkan tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan umum: Buku-buku ini akan ke Frankfurt Bookfair pada bulan October, tahun ini. Yang akan membawanya ialah penerbit bersama UA Enterprises Sdn. Bhd., ia itu, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).

Sambutlah pra-jualan ini, sebelum 31 September 2008, supaya berpeluang mendapatkan buku-buku tersebut pada harga yang lebih rendah sebelum masuk ke pasaran. Terima kasih atas penempahan awal yang bijak! Salam dan hidup sastera Malaysia!!!






Monday, July 28, 2008

Pengalaman baru UA Enterprises

Terlebih dahulu........maaf jika tidak mewarwarkan acara TV9 - Mengenang Usman Awang, yang berlangsung pada 26 July, baru2 ini, lebih awal lagi. Pihak tv9 memberitahu tentang acara ini seminggu sebelum tarikh acara. Kami di minta bantu mereka. Kami setuju walaupun baru saja selesai acara di ITNM dan masih banyak yang perlu di selesaikan. Buku2 baru UA pun belum habis siap untuk penerbitan lagi tapi demi arwah ayahanda kami rela.

Pihak waris belum pernah bekerjasama dengan sebuah stesen tv. Pengalaman baru ini lebih mencabar dalam dunia media khususnya acara tv dan hiburan. Ada beberapa permainan dalam isu-isu yang berkaitan telah membuka mata saya dan pendedahan ini memberi kami satu pengajaran. Tidak saya menafikan bahawa tiap2 pengalaman itu adalah satu pengajaran. Suka, duka, pedih atau pahit, kami terpaksa mengharunginya. Fokus saya adalah apabila terbayang arwah ayah..........pengorbanannya dan titik peluhnya bukan khusus untuk kami tetapi untuk bangsa dan negaranya.

Penyakit

Yang menular
yang memamah
hati, jiwa, perasaan
sakit.
Sakit penyakit
dari ubun rambut kepala
meronta minta penawar.

Penyakit yang rakus
sampai ke tulang
minda sakit, lemah.

Obat
di mana obat?
Bagaimana nak obat?
Sudah menjadi kanker
satu badan dan otak.

Oh! Masih ada harapan.....kata mereka
Bagaimana dan di mana?
AKU PENAT!
Aku penat senyum dengan hatiku
cuba tegakkan kebenaran untuknya.
Terbayang senyum simpulnya.

Aku kecewa......sedih......sayu
Oh Tuhan! Tenangkanlah lara ini
obatkanlah penyakit yang menular
sedarkanlah manusia-manusia ini.
Mereka yang yakin benar tapi
tak sadar diri.

Bawa kami kejalan benar
sesungguhnya kami telah sesat dan bongkak.

Lyna UA
July 2008

Pengalaman manis buat saya tentang acara tv9 ini ialah apabila adek saya Mayawati yang baru sahaja habis 'pantang' sudi bersama saya, anak saya Katriyana dan sepupu kami Roza (nama betul Badrulzaman) yang bersusah-payah datang dari JB, khusus untuk meraikan Pak Ngahnya. Roza telah mendeklamasi puisi UA dan menemani saya dan Maya sewaktu mewarwarkan acara tersebut pada pagi itu dalam program Nasi Lemak Kopi 'O' di tv9. Kami mendeklamasi puisi-puisi yang UA tulis untuk kami anak2nya dan anak saya Katriyana mendeklamasi salah satu puisi penghargaan yang saya tulis untuk arwah ayah yang bertajuk 'Kami Rindu'. Kali ini tidak ada gambar untuk di paparkan kerana kamera kami rosak dan tak dapat jurugambar kerana masa terlalu suntuk.

Memori lain yang manis ialah apabila penyanyi dan pelakon terkenal, Uji Rashid dan anaknya Chico juga sudi terlibat sama dengan menyanyikan lagu 'Uda Dan Dara' dalam rentak kreatif Chico yang 'best'. Penyanyi Nora juga ada dengan lagu Jentayu. Satu kejutan apabila pengacara Aziz Desa mengumumkan bahawa hari itu ialah harijadi Nora. Teman2 artis, waris UA dan Johan Nawawi dan anaknya Alif semua naik ke pentas untuk menyanyikan selamat hari lahir dan kek harijadi diberi tanda kasih dari suami dan anaknya. Turut bersama pada malam itu ialah penyanyi Sahri dengan lagu Kekasih dan beberapa orang artis lain.

Program ini setahu saya belum disiarkan lagi. Insyaallah akan di warwarkan jika saya tahu bila waktu siarannya nanti dan jika sempat untuk dihebohkan. Saya ingin menyatakan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam acara Mengenang Usman Awang ini. Hanya Tuhan yang mengetahui dan membalas budi baik yang di limpahkan untuk arwah.

Friday, July 25, 2008

Malam Puisi Usman Awang


(klik gambar untuk view yang lebih besar)

Wednesday, July 23, 2008

Perjalanan ke 'Sebutir Bintang Dalam Kenangan'

Perjalanan ke sesuatu impian memang penuh dengan dugaan. Demikianlah juga untuk saya mencapai dan menggapai bintang yang sudah jauh di awan-awan. Dengan berkatNya yang memberi dugaan, saya dan semua yang terlibat dalam perjalanan ini dapat mengharungi dengan kesabaran dan ketabahan untuk mencapai hasrat ini. Syukur Alhamdullillah.

Perjalanan bermula dengan beberapa teman setia Usman Awang yang bersepakat dengan saya untuk mengadakan satu pertemuan di RA Galeri, KL. Kami mengundang pihak DBP untuk bantuan dana dan tempat untuk mengadakan satu acara khas sempena menyambut tarikh kelahiran Usman Awang tahun ini. Malangnya kami tidak dapat kata putus dari pihak DBP kerana masih tidak ada Ketua Pengarah untuk membolehkan dana di beri untuk menampung perbelanjaan acara yang hendak di adakan. Kami kecewa tetapi tidak patah semangat. Pihak RA Galeri kepunyaan Raja Ahmad Aminullah, bersedia membantu dalam segi tempat. Kami pun bernekad untuk mengadakan satu acara yang paling santai dan 'simple' sekitar kemampuan yang ada.

Keesokkan hari sewaktu mesyuarat di ITNM tentang buku terjemahan Usman Awang, saya dan Rahim pun menjemput pihak ITNM untuk ke acara tersebut. Kami terkejut apabila Pengarah Urusannya, Encik Khair Ngadiron dan Pengurus Korporatnya Encik Rasin terus menunjuk minat, ingin menghulurkan dana untuk menaja acara ini sekaligus mengadakan pra jualan buku2 Usman Awang yang akan di terbitkan bersama atas usahasama UA Enterprises Sdn. Bhd. dan Institut Terjemahan Negara Malaysia. Maka terjalinlah silatulrahim di antara gabungan ini. Liku-liku di harungi bersama. Doakanlah kekalan kami. Amin.

Foto-foto berikut menunjukkan perjalanan acara 'Sebutir Bintang Dalam Kenangan...Usman Awang' yang di adakan pada 12 Julai 2008, bertempat di ITNM @8.30pm. Bermula dengan mesyuarat di RA Galeri, 'casting' untuk Drama 'Matinya Seorang Pahlawan (Jebat)' @ Coffee Bean, sidang akhbar di ITNM, latihan 'rehearsal' di RA Galeri dan ASWARA, naik stage, audio dan lighting, final rehearsal, persiapan jualan buku2 UA Enterprises Sd. Bhd., dan acara yang di nanti2kan.

Sunday, July 20, 2008

12 Julai 2008...pagi @ UPM

Pagi itu kami sekeluarga kelam kabut bersiap dengan barang-barang yang perlu di bawa untuk 2 acara pada hari istemewa itu. Nana dan Taufiq (anak2 saya) ikut Oji(adek Rahim) dan kawannya Alimie. Saya dan Rahim sempat jemput Pak Samad sebelum terus ke UPM untuk menghadiri Seminar Kesusasteraan Usman Awang. Sepanjang perjalanan saya cuba habiskan kertas kerja untuk di bentangkan nanti tetapi tak sempat. Saya tak tidor sepanjang malam itu kerana nak siapkan kertas kerja tersebut. Saya baring setengah jam saja sebelum 'alarm' jam meja berdering!


Pada mulanya rasa panik juga kerana belum siap untuk pembentangan tetapi pada saat2 akhir bila teringat arwah ayah, saya dapat memberi sedikit sebanyak gambaran tentang Usman Awang - sebagai ayah, ketua keluarga dan sasterawan.



Ada juga beberapa ketika yang sedih dan ada juga beberapa ketika yang lucu terutama sekali waktu saya menceritakan tentang subjek 'jodoh' yang di mulakan oleh Datuk Firdaus Abdullah, Mantan Ketua Pengarah DBP, yang juga salah seorang pembentang kertas kerja untuk seminar tersebut. Saya tidak dapat mendengar semua pembentangan kerana terpaksa bergegas ke ITNM untuk 'final rehearsal' acara malam itu pula.



Walaubagaimanapun, saya dapat lihat seminar anjuran Dato' Kemala ini berjaya mendedahkan keistimewaan usman awang dan karya2nya yang 'evergreen' dan releven hingga ke hari ini. Syabas dan terima kasih! Terima kasih juga pada pihak UPM kerana mempelawa UA Enterprises menjual buku2 Usman Awang di ruang legar fakulti tersebut.



Pada mantan KP DBP, saya harap dan doa tuan akan berjaya mengatasi masalah2 yang berpunca dari orang2 yang diharapkan tetapi telah mengecewakan kerana ada agendanya
tersendiri dan gila kuasa. Saya juga berdoa agar orang atau orang2 tersebut akan sedar apabila terantuk nanti.