Wednesday, July 23, 2008

Perjalanan ke 'Sebutir Bintang Dalam Kenangan'

Perjalanan ke sesuatu impian memang penuh dengan dugaan. Demikianlah juga untuk saya mencapai dan menggapai bintang yang sudah jauh di awan-awan. Dengan berkatNya yang memberi dugaan, saya dan semua yang terlibat dalam perjalanan ini dapat mengharungi dengan kesabaran dan ketabahan untuk mencapai hasrat ini. Syukur Alhamdullillah.

Perjalanan bermula dengan beberapa teman setia Usman Awang yang bersepakat dengan saya untuk mengadakan satu pertemuan di RA Galeri, KL. Kami mengundang pihak DBP untuk bantuan dana dan tempat untuk mengadakan satu acara khas sempena menyambut tarikh kelahiran Usman Awang tahun ini. Malangnya kami tidak dapat kata putus dari pihak DBP kerana masih tidak ada Ketua Pengarah untuk membolehkan dana di beri untuk menampung perbelanjaan acara yang hendak di adakan. Kami kecewa tetapi tidak patah semangat. Pihak RA Galeri kepunyaan Raja Ahmad Aminullah, bersedia membantu dalam segi tempat. Kami pun bernekad untuk mengadakan satu acara yang paling santai dan 'simple' sekitar kemampuan yang ada.

Keesokkan hari sewaktu mesyuarat di ITNM tentang buku terjemahan Usman Awang, saya dan Rahim pun menjemput pihak ITNM untuk ke acara tersebut. Kami terkejut apabila Pengarah Urusannya, Encik Khair Ngadiron dan Pengurus Korporatnya Encik Rasin terus menunjuk minat, ingin menghulurkan dana untuk menaja acara ini sekaligus mengadakan pra jualan buku2 Usman Awang yang akan di terbitkan bersama atas usahasama UA Enterprises Sdn. Bhd. dan Institut Terjemahan Negara Malaysia. Maka terjalinlah silatulrahim di antara gabungan ini. Liku-liku di harungi bersama. Doakanlah kekalan kami. Amin.

Foto-foto berikut menunjukkan perjalanan acara 'Sebutir Bintang Dalam Kenangan...Usman Awang' yang di adakan pada 12 Julai 2008, bertempat di ITNM @8.30pm. Bermula dengan mesyuarat di RA Galeri, 'casting' untuk Drama 'Matinya Seorang Pahlawan (Jebat)' @ Coffee Bean, sidang akhbar di ITNM, latihan 'rehearsal' di RA Galeri dan ASWARA, naik stage, audio dan lighting, final rehearsal, persiapan jualan buku2 UA Enterprises Sd. Bhd., dan acara yang di nanti2kan.

No comments: