Thursday, May 1, 2008

Usman Awang - Penyair Pilihan April di Singapura.

Hampir seminggu yang lalu, Angkatan Baru Sastera Singapura (ABASS) telah memilih SN Usman Awang sebagai tokoh sastera diketengahkan untuk bulan April. Acara tersebut berlangsung pada hari jumaat 25 April, 8pm, bertempat di Arts House, Singapura. Yang menyelenggarakan acara ini ialah Sharifah Khadijah dan teman-temannya dari ABASS.

Walaupun saya baru mengenal Khadijah di KLIBF yang lalu, dia telah menunjukkan semangat dan minat yang mendalam tentang sastera. Apresiasinya terhadap karya-karya tokoh-tokoh sastera Malaysia dan Singapura menarik perhatian saya. Keghairahannya untuk mencari mutu penulisan patut mendapat sokongan untuk menambahkan semangatnya untuk terus berkarya.

Acara yang bertajuk " Karyaria" telah dihadhiri ramai peminat sastera di Singapura. Matlamat ABASS bukan sahaja supaya karya-karya usman awang dapat didengar, dinikmati dan dihayati tetapi supaya penyair dan penulis di singapura dapat memperbaiki mutu karya mereka dengan perbincangan dan analisa karya-karya tersebut. Mencari kekuatannya dan membahas reaksi penunton yang hadir.

Sayang sekali saya tidak dapat hadir untuk menyaksikan deklamasi puisi-puisi usman awang oleh Khadijah dan teman-temannya. Insyaallah, lain kali. Walaubagaimanapun, saya ucapkan tahniah atas kejayaan "karyaria" . Pada Khadijah dan teman-temannya yang belum saya kenali, terimakasih atas keikhlasan semua memartabatkan karya Allahyarham Usman Awang. Semoga kita berjumpa nanti atas nama perjuangan sastera melayu!

Salam dari saya untuk Angkatan Baru Sastera Singapura.

3 comments:

Anonymous said...

Salam,

I'm here! I'm here!

Ku sambut salammu, Kak Lyna! :D
*hugs*

Tahniah, dah buka blog!

Sorry, lah, lewat tinggalkan komen... Saya masih menunggu rakan penyair untuk bagi video penuh acara KaryaRia #1 tu dan saya sedang memilih gambar-gambar nak kongsi dengan Kak Lyna...
Tunggu ye...

Kak, my name kat tepi blog tu, alaaa... letak S.K je suda, hehe... Nak mengelak kena "google" ;D
Sebenarnya, masih malu nak kenalkan diri sepenuhnya...
Bila karya saya mula terbit nanti, bolehlah, kot... Tu pun, masih tengah fikir nak guna nama samaran je...

Apa-apapun, terima kasih atas dorongan dan sokongan masa kat Pesta Buku! Seronok sekali sebab kita saling memahami apa yang diperlukan oleh dunia kesusasteraan hari ini dan kita berusaha semampu mungkin dan se"kreatif" mungkin!

You've been an inspiration! :)
Mucho thanks!

Wassalam :)
S.K dot sg
Khadijah

lyna ua said...

Dear s.k.,
Alamak tak payahla malu2. Kalau malu2, susah nak bina keyakinan diri sepenuhnya. Lebih2 lagi dalam penulisan. Keyakinan mengukuhkan pendirian dan kepercayaan pada penulisan kita.
Kuatkan semangat! Insyaallah pasti berjaya. Oh Ya! Jangan lupa hantarkan video dan gambar2 acara KaryaRia tu.
Salam.

Anonymous said...

Salam,

Terima kasih, Kak...

Dah lama karya tak tersiar, jadi, dah mula rasa malu, macam baru-baru dulu, hehe...

Sedang sibuk memanjang ni, projek sastera kami pun sedikit tergendala kerana kesibukan saya... tapi, saya pasti akan pilih gambar-gambar tu untuk Kak Lyna! :)

Wassalam...