Monday, August 10, 2009

Menjelang Mentari di Ufuk Timur (buat Bapak yang di kasihi)

Kau masih gagah di sini
masih bersemangat kukuh
usia yang menjangkau tiga suku abad
masih hebat terserlah
kerana semangat kental perjuangan yang belum selesai
bila agaknya perjuangan selesai?

Hati nurani yang tulus memerdekakan bahasamu
bahasa bangsa yang tergugat oleh bangsa sendiri
perjuangan ini tidak sampai-sampai akhirnya

Kau sabar menanti
meniti di arus deras yang tiada haluan
tidak menentu
kau masih sabar menanti di situ

Kau adalah ayahku sekarang
semangat yang aku pinjam darimu
kerana yang asal zahirnya sudah tiada disini
untukku
mengobat rindu yang masih dalam
aku perlukan kehadiranmu
kami semua perlu kehadiranmu
lama lagi

Kami meminjam semangatmu
yang kental untuk kami mara
maju...mengisi sanubari yang meminat-minta di isi

Moga Dia relakan kami berdamping dengan mu
lebih lama lama dan lama lagi
kerana keperluan jiwa kami untuk di beri makna
kepada yang tidak di beri makna
kepada hak yang harus dipertahankan.

Tunggu di sini dengan kami
kehadiran yang amat di perlukan
kami bakhil dengan kasihmu
walaupun usia menjangkau tiga suku abad
di sini, di sini kami masih perlukanmu.

Seperti ayah, kau tiada penggantinya.



Catatan: Sebuah puisi penghormatan menjelang hari lahir Sasterawan Negara Datuk Dr. A. Samad Said yang ke 75 tahun.


Lyna Usman
10 Ogos 2009

4 comments:

Iskandar aka DR Bubbles said...

Kak Lyna,

Seronok berjumpa kakak dan suami di majlis kelmarin.

Bila-bila ada baca puisi-puisi UA, saya ingin turut serta.Saya ingin benar membaca puisi Bunga Popi di khalayak ramai.

lyna ua said...

Ok Is,
Bagus jika ada keinginan untuk ekspresi melalui puisi. Ada suatu kepuasan dalam jiwa setelah membaca sebuah puisi yang ada semangat murni.

Kita jumpa lagi nanti! Salam.

emilayusof said...

Pusi yang bagus sekali, kakak!

lyna ua said...

Tk Emi! Maaf kakak lama tak ke sini kerana sebok buat kek lapis for my friends yang order from me for Raya.

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin dari kakak sekeluarga. Harap dapat jumpa nanti, k.