Saturday, July 4, 2009

Julai - Bulan lahir Usman Awang penuh aktiviti

Sudah tiba bulan keramat, ia itu Julai. Tahun ini sungguh bermakna untuk kita memberi penghormatan dan menyambut hari lahir Usman Awang yang genap 80 tahun. Walaupun hari lahir Usman Awang ialah pada 12 Julai, nampaknya berbagai aktiviti telah di atur berbagai pihak yang masih sayang dan prihatin kepada beliau, insan yang telah berbakti kepada negara dan hasil karyanya yang menjadi kebanggaan kita semua. Aktiviti yang telah di atur ialah : -


11 Julai @ 11 pagi - Kenduri Arwah - Rumah Usman Awang di Kampung Tunku, Petaling Jaya.
Anjuran keluarga Allahyarham dan UA Enterprises Sdn. Bhd.

12 Julai @ 9 pagi - Forum : Wacana Pemikiran SN Allahyarham Dato' Usman Awang
Anjuran Ikatan Persuratan Melayu (IPM) - gabungan GAPENA, Melaka.

19 Julai @ 6 - 9 malam
- Acara Baca Puisi Sasterawan Negara Samad Said & Usman Awang.
Pasar Seni, Kuala Lumpur, Sempena Festival KL 2009.
Anjuran Kavyan, UA Enterprises, Wira Bukit, Central Market &
Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan, Malaysia.

29 Julai @ 9 pagi - Acara Baca Puisi Usman Awang - Sekolah Chong Hwa (Swasta),
Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Anjuran One Nusantara, Kavyan dan UA Enterprises Sdn. Bhd

Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari blog - Uthaya Sankar
atau e-mail pertanyaan kepada - infokavyan@yahoo.com.my

Buku puisi 5 bahasa terbitan baru Usman Awang berjodol "Sahabatku" akan mula di jual
waktu acara ' Baca Puisi Sasterawan Negara'pada -19 Julai, 2009 atau selepas itu melalui
UA Enterprises Sdn. Bhd. Sila e-mailkan segala butiran yang perlu kepada - : order@usmanawang.com.my

No comments: