Thursday, May 21, 2009

Saya Mohon Maaf

Jika apa yang saya tulis di sini menggores perasaan... mohon maaf
tidak pernah singgah di hati kecil ini
niat jahat untuk menjatuhkan maruah
hanya kritikan membangun yang tidak dapat di terima.

Niat ikhlas untuk membantu tetapi
terkejut dengan tafsirannya yang sangat negatif.
Serik rasa membuka hati.

Selama ini tiada yang tak berpuashati
tangan sama-sama di hulurkan sangat di syukuri
kehadrat Illahi bagi segala kurniaan dan limpahannya.

Supaya tiada yang tergores lagi
biar si biadab ini mengalah dan berundur diri
tidak sanggup duka hiba berlarutan hingga senja.
Halalkan makan dan minum kami sekeluarga.

Oleh itu, terima kasih daun keladi,
lain kali tak payah lagi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

* Kata P.Ramlee...ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

4 comments:

Nana A.R. said...

it's not ur fault.
nuff said :)

Uthaya Sankar SB said...

Jangan berputus asa. Tuhan akan sentiasa menguji hamba-Nya yang ikhlas.

Emila Yusof said...

Salam kakak! I hope everything's ok! Be strong.

Alamanda said...

Lyna,

ITNM is ok under Mr. Khair, but there are some "rotten" staff yang lebih sudu daripada kuah.
I hope Mr. Khair will look into this matter seriously: Kenal pasti staf-staf yang tak matang tu, bagi "makeover" minda sikit. Kalau tidak ITNM akan jadi Gajah Putih balik seperti kata orang pada suatu ketika dahulu.