Saturday, March 21, 2009

JIWA HAMBA/ENSLAVED SOUL ... SCATTERED BONES

Salam sejahtera. Saya ingin mewarwarkan di sini ... buku-buku baru Usman Awang yang di nanti-nantikan, ia itu ... JIWA HAMBA/ENSLAVED SOUL ... sebuah antologi puisi dwibahasa dari kompilasi baru kami dan SCATTERED BONES... sebuah novel yang di terjemahkan ke Bahasa Inggeris dari satu-satunya novel karya Usman Awang, ia itu, TULANG2 BERSERAKAN akan mula masuk pasaran esok, hari Ahad, 22 Mac, 2009, di MPH, Midvalley Mall, KL. Buku-buku ini adalah terbitan bersama antara UA Enterprises Sdn. Bhd dan ITNM ( Institut Terjemahan Negara Malaysia) berdasarkan projek 'Malaysian Literature Series' untuk pasaran dalam dan luar negara.

Satu pelancaran kempen "Beli Buku ITNM Dan Menangi Hadiah Bernilai RM100,000.00!" akan di lancarkan oleh Datuk Shaifuddin. Acara ini akan di adakan pada jam 11 pagi, di MPH, Midvalley Mall, KL. Semua di jemput hadir. Kita jumpa di sana nanti! Salam manis dari saya.

Oh! Satu perkara yang saya lupa hendak mewarwarkan adalah tentang pejabat baru kami. Oleh kerana kami sangat-sangat memerlukan sebuah ruang pejabat yang dekat untuk mengendalikan segala urusan UA Enterprises, kami telah berpindah pejabat ke alamat berikut :-
No. 2-1, Jalan PJS 10/2, Subang Indah 46000, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-56217612 Fax: 03-56217613

3 comments:

SUKASUKA said...

salam, mau tanya.
buku JIWA hamba masih ada stock?

SUKASUKA said...

salam, mau bertanya.
buku jiwa hamba masih ada stock?

lyna ua said...

Assalam SUKASUKA,

Maaf lambat jawab. Ya, kami masih ada sedikit lagi stok buku UA 'Jiwa Hamba/Enslaved Soul' dan 'Scattered Bones'.

Jika minat, tolong hantar pesanan kepada email: lyna@snusmanawang.com