Wednesday, August 13, 2008

ISMAIL...The Last Days.

Saya dan keluarga di jemput ke pementasan muzikal "ISMAIL...The Last Days" oleh Dato' Faridah Merican dan suaminya Joe Hasham pada malam pembukaannya, 7 Ogos lalu di KLPAC. Kami di beri jemputan penghargaan kerana ada beberapa puisi Allahyarham Usman Awang di jadikan lagu oleh Dato' Johari Salleh untuk pementasan muzikal ini. Selain dari saya, Rahim, Nana dan Taufiq, hanya sepupu saya Zaharah dan suami yang dapat hadir. Dua teman akrab saya, Rozeta dan Zuraidah, ikut bersama kami.

Faridah M juga telah meminta saya menulis sedikit tentang falsafah penulisan Usman Awang untuk buku program tersebut. Saya amat gembira kerana Faridah dan Joe bukan sahaja antara teman akrab arwah yang sentiasa menyokong saya tetapi mereka juga sangat profesional dalam menyelenggarakan hal-hal hakcipta. Mereka faham tentang status apresiasi sesebuah karya. Tidak ramai yang prihatin tentang hal ini atau mungkin sengaja pura-pura tak mengerti.

Sepanjang pengalaman saya dalam industri penerbitan buku ini, saya rasa Institut Terjemahan Negara adalah yang tergolong dalam fahaman status apresiasi karya. Inisiatif dan keghairahan mereka perlu di contohi, terutama sekali oleh pihak media tv. Cara pengendalian apresiasi karya oleh sesetengah pihak media tv sangat mengecewakan. Tafsiran apresiasi karya pada mereka amat memeranjatkan saya. Yang kita lihat dan di balik tabir berlainan sekali. Di depan di sanjung-sanjung tetapi di belakang.... Ini mengguris hati dan merisaukan saya .Ia harus di tangani oleh pihak-pihak atasan. Jika tidak, akan padah dan rosak apabila tidak dapat di tampung lagi pada satu masa nanti.

Balek semula ke pementasan muzikal ISMAIL...The Last Days. Ia adalah sebuah pementasan yang harus di tontoni untuk memberi kita harapan tentang orang-orang yang memimpin kita. Pada waktu begini, apabila kepercayaan kepada mereka-mereka yang menjadi pemimpin kita, baik pemerintah mahupun pembangkang, kredibiliti, kepercayaan dan ketulinan di persoalkan. Maksud saya, kita masih ada harapan untuk percaya bahawa ada seseorang seperti Tun Ismail. Tugas kita adalah untuk mencari sebutir berlian di antara intan-intan yang berserakan!!!

Pementasan 'ISMAIL...The Last Days' berlangsung dari 7 - 31 Ogos di KLPAC. Tonton dan hayatilah sebuah 'revelation'!

No comments: