Tuesday, May 20, 2008

ITNM

Pada hari ahad 18 May, satu majlis pertemuan di antara penerima2 S.E.A Write dan Sasterawan2 Negara atau wakil/waris mereka dengan pihak2 dari Institut Terjemahan Negara telah diadakan di Hotel Seri Pacific, KL. Pertemuan dari jam 10 pagi hinnga 1 tengahari membuahkan tujuan sebenar anjuran majlis tersebut. Pihak ITNM dengan besar hati melawa untuk menterjemahkan karya2 penulisan Sasterawan2 Negara dan penerima2 S.E.A. Write ke Bahasa Inggeris dan bahasa2 lain. Pihak ITNM juga menawarkan pembabitan mereka menolong para penulis tersebut dalam hal2 pengendalian karya2 yang diterjemah dibukukan dan dipasarkan sehingga ke peringkat antarabangsa. Itulah di antara yang di janjikan.

Inilah impian para penulis. Tetapi soalnya, sejauh manakah impian akan menjadi kenyataan. Sebenarnya ada banyak persoalan yang harus di ketengahkan untuk hasrat ini tercapai dan berjaya. Pada waktu perbincangan beberapa perkara telah di kemukakan oleh para penulis dan wakil mereka. Pada saya, perkara yang ketara dan tidak dapat saya lupakan ialah laporan dari Sasterawan Negara Muhammad Hj. Salleh yang mengatakan - dalam pengalaman beliau berada di beberapa universiti luar negara seperti di Belanda, Amerika dan Jepun, beliau mendapati bahawa jabatan pengajian Bahasa Melayu hampir, akan dan telah di tutup di beberapa universiti yang ada pengajian Bahasa Melayu. Sungguh menyedihkan.

Kesungguhan pihak ITNM sangatlah dialu2kan dan diperlukan. Jika cita2 murni ini tercapai maka adalah harapan untuk Bahasa Bonda kita yang sungguh indah dan di sayangi di dengar dan di nikmati seluruh dunia. Maka bertapaklah kemegahan bangsa Malaysia.....Insyaallah.

Sebelum saya berundur untuk meneruskan kerja2 penerbitan buku UA akan datang, saya tinggalkan sebuah puisi beliau untuk di hayati bersama. Salam.


BAHASA BONDA

Tersusun indah menjadi madah,
Jauh mengimbau menjangkau pulau,
Ayuh beralun lembut membuai,
Jauh meresap mendakap damai.

Ada ketika marak menyala,
Memercik api semangat bangsa,
Meletus gemuruh menyadap segala,
Menjadi alat perjuangan merdeka.

Seribu tingkah membawa lagu,
Mainan gadis di usik rindu,
Senjata teruna menawan cinta,
Pusaka rakyat pendukung budaya.

Seribu bahasa kita bicara,
Manakan sama bahasa bonda?


Tongkat Warrant

Utusan Zaman
12 Disember 1954

6 comments:

Anonymous said...

Salam,

"Pusaka rakyat pendukung budaya."

Ya, siapa lagi???

Saya berharap usaha ITNM ini berjaya! Banyak karya yang ingin saya lihat dibaca di peringkat antarabangsa!

Wassalam.
S.K

blackpurple @ jowopinter said...

Salam.

Saya bertuah menjumpai laman blog ini. Saya peminat karya-karya SN Usman Awang.

Wassalam.

lyna ua said...

Syiraz,

Apa khabar? Sokongan seperti ini yang kita perlu. Semalam saya dapat satu cerita yang sangat membimbangkan. Adek ipar saya adalah seorang guru sekolah menengah di Pulau Pinang. dia memberitahu saya ada student2nya yang berbangsa Cina menanyakan - mengapa harus belajar Bahasa Melayu di sekolah jika tidak di perlukan setelah habis sekolah terutama untuk mencari pekerjaan? Pemikiran seperti ini yang tidak ada rasa sebagai seorang rakyat bangga dengan bahasa ibunda negara....sangat bahaya. Siapa yang harus dipersalahkan? Pikir2lah jika sayang kepada tamadun kita. Salam.

lyna ua said...

Welcome blackpurple @ jowopinter!

Saya harap anda mendapat manfaat dengan buahfikiran dan info2 yang saya paparkan. Apa saja yang mengusik hati saya hingga rasa terpanggil untuk menyuarakan, akan saya siramkan di sini.
Salam pengenalan.

Anonymous said...

Salam,

Kak Lyna, you kalau buka "option" untuk comments, I bleh tukar balik jadi S.K (7 tahun dulu, pernah berangan nak jadi Syiraz Singapore :p tapi Indonesia muncul dulu dengan Habiburrahman As-Syirazy, pengarang Ayat-Ayat Cinta ;D )

Ni tengah bz memanjang... deadline nak dekat, my assistants banyak kerenah, nak tunanglah, itu lah inilah, hehehehe...

Perkara yang disebutkan oleh Kak Lyna itu pernah dialami di Singapura... tapi tak boleh nak citer panjang... nak sambung keja ni... cuma...

Ni nak bagitahu... Hari Sabtu lepas ada persembahan tarian multi-ethnik, multi-wadah (menggunakan silat, wushu, dsbg) dengan judul, "Gentarasa: Metamorfosis" -

"Gentarasa 2008 - Metamorfosis"

Dan mereka telah menggunakan puisi SN Usman Awang, "Melayu" dengan interpretasi pelbagai-dimensi pelbagai makna yang sangat hebat dan mendalam sekali! (Ironi yang hanya boleh difahami sang seniman seperti kita ;D )...

Ghairah ni nak cerita... nantilah, bila turun KL nanti ;)

Wassalam...

lyna ua said...

Hai adikku syiraz/S.K.,

Jangan gentar pada nama yang memberi keyakinan pada diri. Nama bukan saja identiti tetapi image, maruah dan segalanya anda jiwa dan raga.
Sebut nama mu, yang di beri atau samaran dengan penuh keyakinan!

Okay, kakak nak tau siapa yang menganjur Gentarasa tu? Dapatkan info dan ceritakan, ya.

Selamat berjuang dalam kerjaya anda. Salam.