Friday, May 9, 2008

Hari ini,.....

Hari ini, saya telah siapkan satu kek hantaran dan satu kek Cadbury....setelah beberapa hari fokus saya terhadap order tersebut. Tetapi, editing untuk terjemahan Bahasa Inggeris untuk buku baru UA ....Jiwa Hamba, belum siap. Saya letak tepi buat seketika untuk memenuhi permintaan order kek dari kawan. Membuat kek adalah 'passion' saya yang satu lagi!
Baiklah, saya akan pusing fokus saya 360 darjah ke kerja mengedit terjemahan puisi2 UA pula.
Salam!

Satu lagi.....atas segala yang sedang berlaku sekarang, hayatilah sebuah puisi UA yang saya rasa sangat tepat.

Dalam Pergolakan

Seperti selalu … serupa dulu,

orang mulai mencari sesuatu – belum bertemu.

Mendaki bukit ini semua orang merangkak,

dan banyak teman tercampak.

Di sana orang berteriak:

berjuanglah untuk kemerdekaan … serentak.

Ada banyak laungan dalam segala perjuangan,

dan kesempatan dicuri bila ada pergolakan.

Jadi pemimpin yang mau dianggap “tuan”,

……… mau penghormatan.

Kalau menang mau naik kuda terbang,

atau belayar di kapal tiada haluan.

Entah ke utara atau ke selatan,

kemudian minta bantuan-bantuan yang ada balasan.

Begini bila kita dalam pergolakan,

bila ketentuan masih dalam perhitungan.

Barisan baru harus bentuk jalan,

cara baru harus menentukan perjuangan,

dengan kekuatan yang sudah dibulatkan,

dan ketepikan pemimpin yang berlagak “tuan”.


Adi Jaya

5 Jun 1955

Utusan Zaman

10 comments:

Yasmin's Mummy said...

nampak sungguh sedap sekali. Kalau lah saya pun punya kebolehan seperti anda.
sajak itu begitu bersesuaian dengan senario semasa.

lyna ua said...

Dear yasmin's mummy,
Mungkin saya di kurniakan dengan kebolehan dari ibu dan ayah saya. Pada mula rasanya macam susah nak buat dua2 sekali.....menulis dan membuat kek. Tetapi lama2 jadi kebiasaan. Saya tak dapat pilih antara dua kerana saya minat pada dua2 bidang ini. Kalau nak tau sedap tak, mestilah cuba dulu!

Sajak UA tu ada dalam kompilasi buku baru yang akan diterbit apabila siap nanti.

Salam.

emilayusof said...

Yummy! Teringat kek yang kakak buat untuk Bapak tempohari!

lyna ua said...

He...he...he...samalah tu!

Dewangga Sakti said...

Salam Kak Lyna,
Satu puisi yg menarik dgn satu gambar kek yang menyelerakan.Berapa harga kek ini?he he

Unknown said...

Those are very beautiful and appetising cakes U've made.

Lucky U, to have passion and talent for such a beautiful craft.

Keep it up.

Wish U all the best!

lyna ua said...

Salam Dewangga Sakti,

Kenapa tanya.....nak beli ke? Kalau nak beli boleh........kalau nak tanya saja pun boleh. Kakak hanya buat kek bila ada waktu antara kerja2 menerbit buku UA saja.

lyna ua said...

Hello versedanggerik,
Thank you for keeping my spirits up in between 'brain fatigue'.

langkasuka said...

Salam
Mana bisa puisi dan kek berjalan seiring...? tapi kamu bisa....itu yg aku bertambah takjub.....
peace

lyna ua said...

Ya adikku Fawaz........itulah anehnya bila mewarisi 'passion' kedua ibu dan ayah sekaligus! Some say blessing, others say curse but for me....I accept it as fate.
Salam...your kakak.