Alhamdulillah...setelah bertahun-tahun menunggu, akhirnya pulang juga hak penerbitan karya-karya arwah ayah yang mereka pegang selama ini, pulang ke pangkuan kami warisnya. Kami bersukur kehadrat Illahi kerana doa dan impian kami tercapai. Sesungguhnya sabar itu separuh dari iman.
Memang sukar untuk mendapatkannya tetapi atas ketabahan kami dan juga kegigihan peguam kami maka pulanglah hak penerbitan karya-karya Usman Awang kepada kami. Sebenarnya, saya sudah mula kecewa dengan organisasi ini yang arwah ayah telah menaruh harapannya. Mungkin ada benarnya istilah Inggeris ini...'just when you least expected it', terjemahannya...pabila rasanya tiada harapan lagi.
Terima kasih kepada mereka-mereka yang membantu, menyokong dan merealisasikan impian dan harapan kami selama ini. Tugas saya semakin berat tetapi mahu tidak saya ada tanggungjawab untuk memelihara dan memartabatkan haknya. Saya harap kerja saya akan lebih senang dengan adanya mereka yang senantiasa memberi saya semangat dan sokongan yang saya sangat-sangat memerlukan untuk meneruskan perjuangan yang tiada akhirnya ini. Semoga Allah memberi saya petunjuk dan melindungi perjalanan saya, Amin.
Pembaca Beta “Raman dan Kultus Guruji”
3 days ago
2 comments:
Tahniah! Kerana mendapat semula hak cipta karya-karya Allahyarham Dato' Usman Awang.
Cabaran kini adalah untuk memelihara dan memulihara khazanah itu.
Terima kasih Uthaya. Saya sahut cabaran itu dengan penuh ghairah walaupun manisnya bercampur aduk dengan pahitnya.
Post a Comment