Pada petang semalam, sedang sibok menyiapkan meja makan untuk berbuka puasa, saya mendapat panggilan telefon dari Kak Ena, (salah satu anak Pakcik Samad yang saya anggap seperti kakak sendiri walaupun tiada pertalian darah antara kami) memberitahu saya ...Pakcik Samad baru sahaja pulang ke Rahmatullah. Innalillahu wainnalillahi rawji'uun.
Pakcik Samad adalah nama yang saya panggil Tan Sri Samad Ismail, tokoh wartawan terbesar tanahair kita. Dari ketika saya mengenal dunia ini, Pakcik Samad dan Makcik Midah (arwah isteri yang pertamanya) adalah antara orang2 yang saya mula kenal. Merekalah yang menjodohkan ayah dan mak saya. Oleh itu, dengan semulajadi saya anggap anak2 mereka sebagai abang, kakak dan adek saya, walaupun tiada pertalian darah antara kita.
Jika ada masaalah rumahtangga arwah ayah dan mak, Pakcik Samad dan Makcik Midah akan menjadi abang dan kakak yang meleraikannya. Jika ada apa2 'emergency' atau hal2 lain juga...Pakcik Samad dan Makcik Midah akan membantu kami. Saya dan Kak Ena paling akrab. Waktu sekolah (kami semua bersekolah di Assunta) semua kawan2 kenal kami sebagai 'cousins' kerana kami anggap begitu.
Tiap hujung minggu, saya balek ke rumah kedua saya, ia itu, rumah Pakcik Samad. Di sana, cara penghidupan mereka menjadi sebati dengan saya. Kakak2 saya akan mengajar dan menasihati saya. Dari kecil saya bermain2 dengan Kak Eda, (arwah, meninggal tidak berapa lama dulu kerana kanser payudara, seperti arwah Kak Piah, anak sulong Pakcik Samad) Kak Ena dan Azah. Pakcik Samad seperti ayah, bekerja walaupun hari minggu. Maklumlah, kerja wartawan memang begitu.
Saya ingat lagi....tiap kali dengar kereta Pakcik Samad sampai rumah aje, kami semua lari masuk mandi sebab Pakcik Samad pantang tengok anak2nya kotor-boloh dan comot. Sampai saja dia akan jerit...'Midah! Eh! Maknya mane? Aku dah balek ni' 'Budak2 mane?'
Itulah antara yang saya ingat. Walaupun Pakcik Samad nampak garang, tapi sebenarnya dia begitu prihatin tentang apa saja yang berlaku, terutama sekali anak2nya. Cara dia dan Makcik Midah mengurus anak2 mereka, membuahkan anak2 yang sifat berwibawa dan bertanggungjawab. Saya bersyukur dapat sedikit sebanyak pelajaran dari keluarga yang istimewa ini.
Kalau hari minggu, kami bangun lambat sebab kami suka bangun tengah malam dan 'raid' tempat simpan makanan dan 'curi' biskut dalam tin! Ha! itu dah cerita lain pulak. Pakcik Samad dan Makcik Midah bangun awal. Nanti dengar Pakcik Samad jerit 'Oi! Anak2 dara bangun Oi! Dah siang Dah! Kelangkabut kami bangun dan mandi!
Itulah antara banyak cerita penghidupan keluarga seorang tokoh wartawan yang di segani dan di hormati di negara kita. Pada kakak2, abang dan adek2 saya yang di kasihi, adekmu ini juga rasa kehilangannya amat mendalam. Lyna juga kehilangan...Pakcik Samad Sayang.
Pembaca Beta “Raman dan Kultus Guruji”
3 days ago
2 comments:
Al-Fatihah untuk Pak Samad... artikel Haslina menyentuh hati kecil saya.
Dan yang lebih membuat saya teruja, tatkala mengetahui Haslina anak sasterawan idola saya.
- kaksu -
http://noorsuraya.blogdrive.com
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca luahan hati saya.
Terima kasih juga kerana meminati arwah ayah yang tidak di kenali generasi baru.
Salam.
Post a Comment