Satu seminar bertajuk Seminar Kesusasteraan SN Usman Awang akan di adakan di Jabatan Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia pada hari sabtu 12 Julai 2008. Saya di undang oleh Sarjana Tamu selaku pengerusi seminar tersebut, ia itu, Dato' Dr. Ahmad Kamal Abdullah, atau lebih di kenali sebagai Kemala, nama penanya. Undangan untuk membentangkan satu kertas kerja bertajuk 'Usman Awang sebagai Ayah, Ketua Keluarga dan Sasterawan', saya sambut dengan berbagai perasaan.
Persoalannya ialah sejauh mana penceritaan akan saya bentangkan! Saya pernah bercakap tentang Usman Awang pada satu seminar seperti ini di Universiti Sains Malaysia. Tetapi pada waktu itu arwah ayah masih ada. Beliau yang menyuruh saya bercakap tentang dia di seminar tersebut. Arwah ayah tidak dapat hadir kerana terlalu uzur tetapi sebelum saya ke Penang untuk menghadiri seminar itu saya telah membaca apa yang saya tulis kepadanya dan beliau puashati tentang penulisan saya. Kali ini tiada ayah untuk mendengar saya.........
Seminar ini memfokus kreativiti Usman Awang dalam genre Puisi , Cerita Pendek, Drama dan Novel. Oleh kerana pembentangan kertas kerja saya di UPM pada sebelah pagi, maka acara 'Malam Sebutir Bintang Dalam Kenangan' akan di teruskan seperti yang di rancang.
Pembaca Beta “Raman dan Kultus Guruji”
3 days ago
2 comments:
saya memang kagum dengan ayah puan. Dia antara hero saya.
Ada rancangan nak tulis biografi tentang dia?
Salam Saat Omar,Memang dalam perancangan. Cuma saya harus mencari
semua karya beliau di arkib negara dan luar negara. Ini semua memakan masa dan kewangan. Oleh itu saya
terpaksa mendulukan perkara yang lebih penting ini. Yang paling susah
ialah mencari sumber dana untuk mencari karya2 UA yang belum terkumpul lagi. Terima kasih atas minat anda. Salam.
Post a Comment