Wednesday, December 23, 2009

WANITA CEKAL

Mega berseri dihari baru, tahun baru
membawa berkat penuh kesyukuran
kita menyambut hari untuk wanita cekal
hatinya mulia penuh cinta
hatinya kasih untuk si lara
hatinya rindu untuk kekasih
betapa santun berbudi bahasa
betapa sopan manis bicara.

Ayuh langkah wanita cekal
usiamu baru bukan lama
wanita cekal penuh peradaban
menabur ilmu menabur minda
untuk adat yang harus di kenal.

Mana dia si budi pekerti?
langkahmu dinanti si anak jati.

Semoga kasih tidak mengenal usia
semoga Allah memberkatimu senantiasa.

Kami sayang wanita cekal
pinjamkan kami hatimu sebentar
untuk kami menjadi engkau
melihat cinta dibalik embun
melihat fana dihujung dunia.

Teruskan perjuanganmu
ajar kami apa yang kau lihat
lukiskan kami sebuah cinta
agar nanti kami beringat
tidak sesat tidak angkuh
tidak lupa diri tidak biadab.

Wanita cekal suara beralun
langkahmu sopan tiada menentang
selamat untukmu moga usia yang panjang
sambutlah kasih untukmu yang cekal.

Lyna UA
18 Disember '09


* Selamat hari lahir ke 60 tahun yang manis, Kak Siti Zainun, sayang dan salam dari keluarga 'Abang Man'.