Sunday, October 11, 2009

Pulang beraya ke Kuala Sedili

Pada Hari Raya pertama tahun ini, saya dan Maya (adik bongsuku) serta suami dan anak-anak kami pulang ke kampung tempat kelahiran arwah ayah di Kuala Sedili. Kami ingin merasakan suasana Hari Raya di kampung, maklumlah hidup di kota banyak sangat perasaan 'superficial' di mana-mana. Rasanya kalau di kampung tu kurang sedikit mungkin. Sebelum ini, kami tak pernah beraya di kampung.


Baris atas:Bibik Heny, Wani, Dedery, Aku, Tok Da, Dezery, Jasmin, Pak Zul, Rahim, Wan dan Is. Bawah: Maya, Eshal, Iman, Irfan, Iwan, Khaliq, Haziq dan Taufiq. Nana ambil foto.




Sungguh mesra kami di sambut oleh Pak Zul (adik bongsu arwah ayah), Mak Su (isterinya), Wan dan Wani (anak-anak mereka) dan Tok Da (nenekku). Terubat rindu, hilang sedikit rasa penat perjalanan jauh dari KL. Sebenarnya tidaklah penat sangat kerana kami singgah makan di rumah kakak suamiku Rahim, Kak Lang Esah, di Melaka, siang tadi. Makan nasi dengan Asam Pedas Daging Tetel...belum cuba belum tau, sudah cuba tersangkut selalu!




Bibik Heny gendong Eshal yang comel! Taufiq dan Haziq usik dia dan Khaliq ketawa saja!




Aku rasa sangat terubat bila dapat bertemu mata dengan mereka kerana kami tidak sering berjumpa, terutama sekali Tok Da yang uzur. Aku khuatir jika tak sempat berjumpa dan meminta maaf dengannya. Lega.



Indahnya muara menuju ke kuala, tempat ayah mengenal dunia. Aku di sini, merasakannya.



Kami di jamu dengan makanan yang enak-enak. Mak Su pandai memasak dan buat kueh-mueh. Ramai yang tempah biskut Rayanya yang sedap-sedap. Salah satu masakan istimewanya ialah 'Beriani Udang' dan antara biskutnya yang istimewa ialah 'Tart Nanas Strawberi' dan 'Makmur'.



Jeti di Tanjung Lembu, Kuala Sedili. Dulu, kita terpaksa menaiki bot ke Sedili Besar tapi sekarang ada jambatan jalan baru ke sana. Arwah ayah tak sempat menikmatinya.



Adikku Iskandar yang tinggal di Johor Bahru bersama isterinya Nor dan anak-anaknya Haziq dan Irfan, datang ke Sedili untuk beraya dengan kami. Oh ya! Sepupuku Badrul, (nama pendeknya Roza) serta isterinya Jasmin dan anak-anak mereka juga datang ke Kuala Sedili dari Johor Bahru. Arwah ayahnya, Pak Andak, ialah adek arwah ayahku.




Jalan menuju ke Tanjung Lembu di beri nama ayah sebagai penghormatan kepadanya.



Meriah sungguh di rumah yang arwah ayah bena di Kuala Sedili. Arwah Tok Awang telah memberi tanah itu kepada arwah ayah dan rumah itu di bena atas janji yang telah di kotakan arwah ayah kepada arwah Tok Awang.




Keluarga tuanpunya tapak tanah, tempat ayah di lahirkan, aku dan Pak Zul.



Pada keesokan harinya kami singgah ditapak tanah kelahiran arwah ayah di Tanjung Lembu. Harapanku agar dapat di pahatkan satu batu tanda mengisytiharkan tempat kelahiran beliau nanti, atas restu tuan punya tanah yang kami kunjung. Moga-moga kami dapat kerjasama dengan semua pihak yang terlibat. Akan ku usahakan nanti, insyaallah.




Arwah Tok Awang telah menukar milik tanah ini dengan seekor lembu sahaja. Tanah ini dari tepi jalan ke tepi laut besarnya.



Pada Raya ketiga, kami ke Sedili Besar, ia itu, sebuah pulau yang paling dekat dengan Kuala Sedili. Sewaktu arwah ayah kecil, dia pernah tinggal dan bersekolah di sana, sewaktu ibu kandungnya masih hidup lagi.




Mak Long, Aku dan Tok Da. Berdiri di belakang: Mak Su dan Pak Zul.



Sepupu arwah ayah, Mak Long, Mak Teh dan juga Pakcik Sonan serta keluarganya masih tinggal di sana, walaupun ada yang telah merantau, mereka masih pulang ke kampung. Kehidupan mereka sederhana dan tidak berliku seperti kerenah di kota. Hanya kerinduan jelas terbayang apabila ku sebut nama arwah ayah yang mereka sangat sayang. Airmata pun mula berjurai dan dakapan makin erat, memandang wajahku, mencari bayangan yang di rindu pada diri ini. Hiba rasanya melihat mereka sayu jauh mengimbau.



Jeti Kuala Sedili, tempat ayah pergi balek dengan bot. Tempat Tok Awang ke laut mencari rezeki untuk anak-anak dan isteri tercinta.




Setelah Kuala Sedili, kami terus ke Johor Bahru, ke rumah sepupu arwah ayah yang kami panggil Makcik Kiah. Banyak cerita tentang arwah ayah di ketahuinya. Insyaallah, akan ku kemari lagi untuk mengisi fakta buat 'memoir' ku nanti.



Iman dan Khaliq...anak Maya, menikmati suasana nyaman dekat rumah ayah bena.



Kami makan malam di rumah Mak Long (isteri arwah Pak Long, abang sulong ayah). Wah! Enak sekali lauk raya orang Johor : Nasi empet, sambal kacang, serunding kelapa, sayur lodeh dan sambal ayam. Arwah mak juga masak begitu dulu tapi sekarang suamiku yang pandai masak seperti arwah mak dengan sambal goreng pengantin lagi! Aku...lebih minat masak ala barat aje. Selepas tu kami kerumah anak Mak long, sepupuku Edy (nama pendeknya) yang sering juga ke KL.




Foto memori arwah ayah, arwah Pak Andak dengan Tok Da duduk di tengah. Arwah mak di kiri dengan Mak Long, Mak Andak disebelah Roza kanan sekali. Kami, anak-anak di belakang dengan cucu-cucu. Di depan sekali cucu-cucu juga. Foto ini di ambil setelah rumah baru ini siap, menggantikan rumah lama Tok Da yang sudah usang. Arwah ayah dan arwah pak andak telah bersepakat bahawa tapak tanah dan rumah ini akan di jadikan tempat waris mereka kenal asal usul mereka dan di jaga oleh Pak Zul sekeluarga.





Roza mempelawa kami semua bermalam di rumahnya. Entah pukul berapa kami tidur kerana kami berborak-borak dan makan 'supper' lagi! Esoknya bangun lambat dan terus bersarapan jam 12 tengahari! Enak pula tu dengan nasi lemak, roti canai dan sebagainya!

Kami ke rumah ibu Roza, ia itu, Mak Andak dan Lin, adeknya. Sebelum berangkat pulang kami singgah ke rumah adekku Is dan isterinya, Nor. Kami di saji dengan soto ayam yang umph!






Pulang ke rumah...anak-anak kaki empat kami sudah menunggu penuh kerinduan...chichi, princess dan teddy!




Seperti biasa tiap-tiap tahun semenjak ayah dan mak tiada, adek-adek sekeluarga dan keluarga dan teman terdekat datang beraya. Tahun ini pula mereka datang pada hari sabtu, sehari dua selepas pulang dari Johor. Aku terperanjat apabila mendapat panggilan dari Uthaya Sanker mengatakan tentang pembacaan puisi yang telah ku janji sebulan atau dua bulan yang lalu! Aku rasa bersalah sangat pada Sharon Bakar kerana tak dapat tunai janji pada hari itu. Setelah meminta maaf dan berjanji akan membaca di acara pembacaan puisi di Seksan's selepas ini, aku terus membuat nota dalam dairiku.

Esoknya kami ke kubur arwah ayah dan mak. Yassin dan doa dipanjatkan, pokok bunga ditanam dan siraman air atas selawat kami curahkan pada kubur yang nyaman dan sepi. Kami pohon tempat yang sejahtera di sisiMu untuk yang tersayang...ayah dan mak, Ameen, Ameen, Ameen. Ku mohon restu arwah ayah atas segala kerja yang ku lakukan untuknya dan keluarga. Kami yang masih merindu...tiada nokhta...wajah-wajah masih terbayang...ampun maaf ayah...ampun maaf mak...



Aku dan Maya...di rumah Roza dan Jasmin. Terima kasih atas penginapan dan layanan yang selesa dan istimewa pada Roza sekeluarga! Terima kasih pada Pak Zul sekeluarga juga...berat rasa nak balek kerana akan rindu semua di Kuala Sedili...