Thursday, April 2, 2009

All rights reserved.

I would like to announce that ALL the publishing rights to the works of the late National Laureate, Usman Awang, belongs to his rightful heirs, as of now.

Dewan Bahasa dan Pustaka has recently returned this rights of his main works to his beneficiaries. They are now fully managed by UA Enterprises Sdn. Bhd. From now on, any queries should go through his company.

We would like to thank those who have sincerely supported our cause all this time. I hope this bond that we have will continue as I truly need it to endure this never-ending journey. I have just come to realise that my endeavour now is tougher and harder as I bear this responsibility. I pray for strength and guidance from Allah The Almighty, Ameen.

DBP baru pulangkan...

Alhamdulillah...setelah bertahun-tahun menunggu, akhirnya pulang juga hak penerbitan karya-karya arwah ayah yang mereka pegang selama ini, pulang ke pangkuan kami warisnya. Kami bersukur kehadrat Illahi kerana doa dan impian kami tercapai. Sesungguhnya sabar itu separuh dari iman.

Memang sukar untuk mendapatkannya tetapi atas ketabahan kami dan juga kegigihan peguam kami maka pulanglah hak penerbitan karya-karya Usman Awang kepada kami. Sebenarnya, saya sudah mula kecewa dengan organisasi ini yang arwah ayah telah menaruh harapannya. Mungkin ada benarnya istilah Inggeris ini...'just when you least expected it', terjemahannya...pabila rasanya tiada harapan lagi.

Terima kasih kepada mereka-mereka yang membantu, menyokong dan merealisasikan impian dan harapan kami selama ini. Tugas saya semakin berat tetapi mahu tidak saya ada tanggungjawab untuk memelihara dan memartabatkan haknya. Saya harap kerja saya akan lebih senang dengan adanya mereka yang senantiasa memberi saya semangat dan sokongan yang saya sangat-sangat memerlukan untuk meneruskan perjuangan yang tiada akhirnya ini. Semoga Allah memberi saya petunjuk dan melindungi perjalanan saya, Amin.

Sunday, March 22, 2009

Mereka prihatin dan sedar.

Acara ITNM di MPH Midvalley hari ini memberi persepsi dan kepercayaan yang sebelum ini amat di ragui terhadap struktur kepimpinan negara sekarang. Dalam ucapan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Dato' Saifudin menjelaskan betapa seriusnya mereka dalam hal membaik pulih atau dalam istilah Bahasa Inggeris -' turnaround' masalah masyarakat, pendidikan, ekonomi dan segala masalah negara. Beliau yang juga penulis buku 'Politik Baru/New Politics juga mengatakan bahawa mereka sedar yang mereka telah 10 tahun lambat dalam hal membaik pulih organisasi gergasi yang bernama UMNO ini. Beliau memberi gambaran tentang pembentukan satu institusi politik untuk mengasah dan membentuk politikus yang berkaliber. Di institusi ini pula akan di adakan satu khutubkanah atau perpustakaan kelas pertama, sesuai untuk satu organisasi yang mengurus sesebuah negara. Pada saya, itu satu hasrat yang betul dan bervisi jauh ke hadapan.

Seperti arwah ayah, saya tiada minat dalam politik sebenar tetapi sangat prihatin tentang masalah masyarakat dan keadilan dalam segala aspek. Dalam ucapannya, beliau juga telah mengarahkan beberapa bank dan SME untuk membuka satu ruang untuk pembelaan syarikat kecil seperti kami untuk mencapai hasrat yang di cita-citakan. Saya harap impian saya bagi mendapatkan dana untuk meneruskan penyelidikan mencari dan mengumpul segala karya Allahyarham Usman Awang yang tiada di negara kita akan tercapai jika apa yang di katakan Datuk Saifudin pada saya itu terkota, Insyaallah. Syukur Alhamdullilah pada mereka yang prihatin dan sedar.

Saturday, March 21, 2009

JIWA HAMBA/ENSLAVED SOUL ... SCATTERED BONES

Salam sejahtera. Saya ingin mewarwarkan di sini ... buku-buku baru Usman Awang yang di nanti-nantikan, ia itu ... JIWA HAMBA/ENSLAVED SOUL ... sebuah antologi puisi dwibahasa dari kompilasi baru kami dan SCATTERED BONES... sebuah novel yang di terjemahkan ke Bahasa Inggeris dari satu-satunya novel karya Usman Awang, ia itu, TULANG2 BERSERAKAN akan mula masuk pasaran esok, hari Ahad, 22 Mac, 2009, di MPH, Midvalley Mall, KL. Buku-buku ini adalah terbitan bersama antara UA Enterprises Sdn. Bhd dan ITNM ( Institut Terjemahan Negara Malaysia) berdasarkan projek 'Malaysian Literature Series' untuk pasaran dalam dan luar negara.

Satu pelancaran kempen "Beli Buku ITNM Dan Menangi Hadiah Bernilai RM100,000.00!" akan di lancarkan oleh Datuk Shaifuddin. Acara ini akan di adakan pada jam 11 pagi, di MPH, Midvalley Mall, KL. Semua di jemput hadir. Kita jumpa di sana nanti! Salam manis dari saya.

Oh! Satu perkara yang saya lupa hendak mewarwarkan adalah tentang pejabat baru kami. Oleh kerana kami sangat-sangat memerlukan sebuah ruang pejabat yang dekat untuk mengendalikan segala urusan UA Enterprises, kami telah berpindah pejabat ke alamat berikut :-
No. 2-1, Jalan PJS 10/2, Subang Indah 46000, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-56217612 Fax: 03-56217613

Thursday, February 19, 2009

Usman Awang's life history photographs on exhibition



An exhibition of Usman Awang's life history, taken from his personal photo album, depicting from the time when he was a little boy of about 9 years old in Mersing, Johor, till the time when he became a dotting grandfather, is all there for everyone to see, the man that he was, captured on camera . The exhibition was officiated by YB Datuk Hj. Othman Mohamad, the Speaker of Dewan Undangan Negeri Melaka, on the 10th February 2009. This one month only exhibition will end on the 12th march 2009.

The name of the muzium is Balai Seni Lukis Melaka, at The Bastion House building, on Jalan Kota, at the heart of Melaka town. The exhibited photos are of Usman and the main people (though not all) who played a part in his life journey. Most of the blown-up photos are from Usman's personal album and some are from my own collection.

Actually this proposal and offer by the sponsor : Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) to exhibit UA's photos came as a surprise to me. It was so unexpected because Usman is not from Melaka though he was posted to Melaka when he was in the police force and he first started writing when he was there. Anyway, PERZIM is the first semi government body to sponsor Usman Awang's exhibition. We hope there will be more support from the government or private sectors to reintroduce Usman Awang to the next generation.

At the muzium, a stage is set. It is known as 'Pentas Usman Awang' where we hold readings of his works every weekend till 12th March 2009. There will be poetry and short story readings, etcetera from friday afternoon to sunday afternoon. His 2 books : Tulang2 Berserakan (New Edition) and Turunnya Sebuah Bendera are sold at half price. Two new books will soon be sold there for the first time before hitting the local and international market.

Take a day or weekend trip to Muzium Balai Seni Lukis Melaka to see this rare and nostalgic exhibition because we don't know when it will be exhibited again. It all depend on who will sponsor the exhibition next.

See you there!

Monday, December 1, 2008

Malam Kenangan Usman Awang

Satu malam kenangan Usman Awang telah dianjurkan Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina dengan kerjasama UA Enterprises. Acara tersebut ditaja oleh Hai-O Berhad, di bawah Pengerusinya, Encik Tan Kai Hee. Sepertimana yang telah saya katakan sebelum ini, beliau adalah salah seorang teman akrab arwah ayah yang memberi saya semangat untuk terus hidupkan kembali karya-karya arwah ayah walaupun sudah 7 tahun pemergiannya.

Maaf, saya tak sempat menulis sebelum ini. Maklumlah, seperti biasa, hanya saya dan Rahim yang benar-benar mengendalikan UA Enterprises, jadi agak kelam-kabut juga nak siapkan semua kerja pada satu-satu masa. Alhamdullillah, kami dapat laksanakan semuanya walaupun ada beberapa hal yang tersangkut, kami dapat leraikan.

Sebenarnya, saya tak sangka acara yang dirancang sederhana sahaja dapat membuahkan hasil yang amat mengembirakan saya. Pada mulanya, saya risau kerana ramai tetamu yang tersangkut di jalan Bukit Bintang yang sesak pada malam minggu. Tetamu Kehormat kami, Mr. Gu Jingqi, Political Counsellor, dari Kedutaan Rakyat Cina ke Malaysia, sampai lewat sedikit. Tetapi selepas itu semua berjalan dengan lancar walaupun ada tetamu yang lambat sampai dan ada juga yang tak dapat hadir pada saat akhir. Boleh dikatakan, hampir semua yang hadir pada malam itu adalah rakan, peminat, saudara dan keluarga arwah ayah dan mak. Saya gembira kerana dapat mengumpul mereka semua di bawah satu bumbung untuk menghayati kembali nostalgia dan rindu pada ayah dan karya-karya agungnya.

Pada malam itu, semua yang hadir merasakan satu ikatan terjalin tanpa sempadan.......antara bangsa Melayu, Cina, India, Serani dan lain-lain, oleh kerana kekuatan semangat pendirian ayah yang ditabur dalam karya-karyanya, kami rasa cinta pada semua bangsa, kami rasa sayang pada tanahair, kami rasa sebagai satu...Bangsa Malaysia.......impian ayah.

Di sini saya beri gambaran suasana malam yang penuh kasih itu...


Sunday, November 23, 2008

Dr M.K. Rajakumar.......antara impian dan perjuangan.

Di antara teman-teman Usman Awang yang memberinya semangat dengan sama-sama memperjuangkan idealogi Bangsa Malaysia ialah Dr. M.K. Rajakumar. Beliau telah meninggal dunia pada 22 November 2008 setelah kesihatannya merosot dalam setahun yang lalu. Kematiannya yang mengejut adalah satu kehilangan pada negara walaupun beliau tidak begitu di kenali ramai.

Mendiang adalah segelintir dari bangsa India yang mula memperjuangkan impian ideologi masyarakat bangsa Malaysia yang bersatu dengan mereka-mereka yang mengetahui tentang signifikan dan pentingnya penyatuan ini. Yang mereka tidak duga ialah setelah 50 tahun merdeka, ideologi ini berbangkit bagai raksasa dengan kesedaran rakyat jelata. Beliau adalah di antara wira negara dari belakang tabir perjuangan keadilan rakyat yang menyokong, membantu dan memberi semangat kental di mana perlu.

Tidak ramai di antara kita yang sanggup mempergadaikan ' our comfort zone' seratus peratus fokus kepada kesejahteraan negara dengan erti kata perjuangan tulen untuk berbagai bangsa / masyarakat bangsa Malaysia. Kita harus mengambil ikhtibar dan pelajari bagaimana hendak menjadi seorang yang berkaliber dalam pengorbanan perjuangan untuk negara dan masyarakat.

Pada 4 Januari 2009, satu majlis kenangan untuk Dr. MK Rajakumar, akan di adakan di Dewan Tunku Chanselor, Universiti Malaya, pada jam 2 - 6pm. Jemput hadir jika kelapangan. Hanya beritahu saya jika berminat untuk hadir.

Selamat tinggal Uncle Raja, salah seorang teman setia Allahyarham ayah yang ku anggap seperti 'uncle' walaupun di antara kami berlainan bangsa dan ugama. Kami sekeluarga akan merindui kehadiran mu. Hayatilah puisi yang di tulis khas untuknya oleh arwah ayah...


Sahabatku
(kepada Dr. MK Rajakumar)

Menemuimu ketika remaja dulu
ketika kemarahan rakyat bermula
di kotaraya yang memancarkan suara-suara baru
aku mengenali sekumpulan generasi mahasiswa
dalam keghairahan menggenggam idealisme
menolongku memperteguh keyakinan
persahabatan dan persamaan rakyat
impian mewujudkan suatu dunia baru.

Lama masa berlalu
pengalaman dan usia mengajar kita
betapa ideal mimpi alam remaja
memetik bintang-bintang di cakerawala
dengan jari dan puisi
dengan buku dan teori
tanpa membakar tangan
tanpa menghanguskan badan.

(Kini pun ku temui lagi
orang-orang muda yang setengah berani
sesekali datang membisikkan impian
untuk membakar bintang menjolok bulan;
aku seperti memutar kembali
pita rakaman silam).

Sahabatku
suatu bangsa merdeka yang kita impikan
terasa masih jauh dari kenyataan
kemarahanku menjadi kepedihan
bila kita di pisah-pisahkan
jarak itu semakin berjauhan
aku mendapat gelaran 'bumiputra' dan kau bukan.

ll

Di klinikmu masih kutemui keramahan
ketika jantungku hampir dilumpuhkan sama
engkau pertama mendengar degupannya
menyukat tekanan darah di salur nadi
melihat paru-paru tuaku kehitaman bersawang
asap rokok yang sangat kau benci.

Percayakah?
Aku dapat pula mendengar detak jantungmu
detak jantung yang dulu
kehidupan baru untuk masyarakat baru
impian suatu bangsa merdeka
kebenaran dan keadilan yang sama
sebagaimana pesan nenek moyang:
'Hati kuman sama di cicah
hati gajah sama di lapah'.

Bilakah kita dapat memadamkan
perbezaan keturunan yang kian membakar kita
dan membiarkan curahan minyak yang kian menyala
oleh mereka yang sering bermuka dua?

Bilakah kita dapat mempertaruhkan nasib
anak-anak kita yang tak berdosa
dan generasi akan datang keturunanan kita
menjadi mangsa keturunan yang berbeza
oleh mereka yang mementingkan laba dan kuasa?

Bilakah kita dapat menembusi jurang perbezaan
kemiskinan dan kelaparan dengan kekayaan berlebihan
antara dua golongan darjat masyarakat
suatu janji dari erti kemerdekaan?

Bilakah semua warganegara mendapat hak
layanan dan keadilan yang sama
dikenal dengan satu rupa nama:
Bangsa Malaysia?


Usman Awang
1979/1983




My Friend
(for Dr MK Rajakumar)

Meeting you then, in youth
when the anger of the peoplebegan to flare up
in the city that broadcasted new voices
I recognised a new generation students
passionately embracing idealism
while assisting me to strenghten beliefs
of the people's unity and equality
dreaming of a new world.

How time passes
experience and age has taught us
how ideal the dreams of youth
that picked the stars of the universe
with fingers and poetry
with books and theories
without burning hands
without charring the body.

I still see, even now
youths, half brave
occasionally come to whisper their dreams
to burn the stars and pick the moon;
as though I was replaying
tapes from the old past.

My friend
a free people that we dreamt of
is still far from the real
my anger turns to bitterness
when we are divided
space becomes enormous
I am called 'bumiputra' and you are not.


II


In your clinic, I still find hospitality
while my heart was almost paralysed
you were the first to listen to its rythm
to measure the blood's pressure in the pulse channel
to see my old lungs, black, meshed
by the cigarette smoke that you detested.


Do you believe me?
I could begin to hear your heart beat
the old heart beats
a new life for a new people
a dream of a free nation
a common truth and justice
as in the saying of our forefathers:
"To share the tiniest morsel
to savour together, the biggest".


When will we ever extinguish
the differences that are burning us
and stop the oil flow that burns higher
by hypocrites?


When will we be able to ensure
our innocent children's future
and those who come after us
become victims of discrimination
of those who count profit and power?


When shall we be able to bridge this difference?
Poverty and hunger with overflowing wealth
between two social ranks
a single promise from the meaning of freedom.


When will all citizens have equal rights
service and justice
known by a single name
Malaysians?


USMAN AWANG
1979/1983